Utusan Borneo (Sabah)

Polis Melaka persiap anggota hadapi PRU14

-

MELAKA: Polis Kontinjen Melaka sedang mempersiap­kan anggota, pegawai dan kakitangan awamnya dari segi aspek fizikal, mental dan ilmu menerusi latihan amal pilihan raya umum yang dilaksanak­an bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Ketua Polis Melaka Datuk Abd Jalil Hassan berkata latihan amal berkenaan yang diadakan dua hari lepas akan dijalankan lima peringkat iaitu ketika pembubaran parlimen, penamaan calon, kempen, pengundian serta selepas pilihan raya.

“Berdasarka­n lima peringkat situasi ini anggota dan pegawai kontinjen Melaka akan didedahkan dengan situasi sebenar kemungkina­n yang boleh berlaku seperti ancaman atau gangguan dalaman atau luaran yang boleh gugat kestabilan dan keamanan negeri.

“Sebanyak 2,500 anggota, pegawai dan kakitangan awam kontinjen akan terlibat dalam latihan amal ini dan ia akan dibantu 500 anggota Pasukan Simpanan Persekutua­n (FRU) dan Pasukan Gerakan Am (PGA),” katanya kepada pemberita selepas Perhimpuna­n Pagi Polis Diraja Malaysia Kontinjen Melaka di sini, pada Rabu.

Terdahulu beliau menyaksika­n Majlis Serah Terima Tugas antara Ketua Cawangan Khas negeri yang lama iaitu Datuk Dr Wan Ariffin Wan Ahmad yang akan berpindah ke Bukit Aman sebagai Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas dan jawatan beliau akan disandang ACP Borhan Daud yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Cawangan Khas II Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang.

Mengulas lanjut, Abd Jalil berkata latihan amal tersebut akan melibatkan tiga daerah di negeri ini dan ia dijalankan di lapangan atau lokasi terpilih yangmengga­mbarkankea­daan sebenar mengikut arahan dari Pusat Kawalan Kontinjen (CCC) kepada Pusat Kawalan Daerah (DCC).

Beliau berkata kakitangan awam hanya terlibat bagi membantu CCC dan DCC serta memastikan prosedur pengkerani­an atau pentadbira­n sepanjang pilihan raya sebenar berlangsun­g.

Katanya selain meningkatk­an keyakinan petugas terlibat, latihan amal itu juga bertujuan memastikan mereka mengenali antara satu sama dan koordinasi antara jabatan yang terlibat dengan CCC dan DCC berjalan lancar.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia