Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dipenjara 12 tahun, dua sebat

Rompak dengan bersenjata sebilah pisau

- Oleh CLARICE USOP

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini mengenakan penjara 12 tahun dan dua sebat, terhadap seorang lelaki selepas mengaku bersalah melakukan rompak bersenjata.

Hakim Noor Hafizah Mohd Salim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Redha Sarigan, 31, yang disabitkan mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 397 kanun sama.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh 20 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang bersenjata­kan sebilah pisau merompak seorang lelaki, merampas sebotol minyak wangi, sekotak rokok dan wang tunai sebanyak RM90.

Kesalahan dilakukan pada 6 November jam 1 pagi di sebuah rumah, Cyber City, daerah Penampang.

Mengikut fakta kes, mangsa berkenalan dengan tertuduh melalui aplikasi Wechat menggunaka­n nama ‘Tajul’, tertuduh bertanya jika boleh mendapatka­n perkhidmat­an seks daripada mangsa.

Mangsa mengatakan boleh tetapi dengan bayaran sebanyak RM150, tertuduh bersetuju dan akan ke rumah mangsa.

Kira-kira jam 2 pagi mangsa turun ke bawah rumah untuk membuang sampah, pada masa yang sama tertuduh datang lalu naik ke atas bersama mangsa.

Tidak lama selepas itu, tertuduh menyatakan terlupa membawa ubat asma, mangsa dengan rela mengurut kaki dan dada tertuduh.

Tertuduh menyuruh mangsa melakukan seks oral dan bersetubuh dengannya, mangsa mengatakan boleh tetapi wang bayaran perlu diserahkan dahulu.

Kemudian, mangsa berbaring di atas tilam seperti yang diarahkan tertuduh, bagaimanap­un kedua-dua tangannya diikat dengan tali, manakala kedua-dua kakinya diikat menggunaka­n kain.

Tertuduh yang bersenjata­kan sebilah pisau menyelongk­ar almari pakaian, mengambil dompet dan beberapa barangan lain di ruang tamu.

Selepas itu, tertuduh mengunci mangsa dari luar rumah, lalu segera melarikan diri.

Namun mangsa bernasib baik apabila berjaya ke dapur, membakar ikatan tangannya dengan menggunaka­n dapur gas.

Mangsa kemudianya menghubung­i tunang kakaknya yang berada di Puchong, Selangor, untuk meminta bantuan.

Pada 9 November di Restoran Nasi Ayam Juara, Penampang, tertuduh ditangkap kerana disyaki terlibat dalam kes terbabit dan beberapa barangan turut dirampas.

Semasa rayuan, M oh d Redha yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n kerana perlu menjaga ayahnya yang sakit.

Bagaimanap­un, Timbalan Pendakwara­ya Dinesh Raja menegaskan hukuman berat perlu dijatuhkan terhadap tertuduh, kerana keseriusan kesalahan.

“Tertuduh yang bersenjata­kan sebilah pisau merompak seorang lelaki, merampas sebotol minyak wangi, sekotak rokok dan wang tunai sebanyak RM90. Kesalahan dilakukan pada 6 November jam 1 pagi di sebuah rumah, Cyber City, daerah ” Penampang.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia