Utusan Borneo (Sabah)

Pandu tidak cermat, lelaki didenda RM5,500

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, kerana memandu tidak cermat dan bertimbang rasa sehingga menyebabka­n kemalangan.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Stephanie Sherron Abbie terhadap Edwin Athin, 42, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda minimum RM4,000 dan maksimum RM10,000 atau penjara selama tempoh 12 bulan.

Jika gagal membayar denda berkenaan penjara selama tempoh dua bulan dikenakan terhadap tertuduh.

Edwin didapati melakukan kesalahan itu pada 26 Januari jam 8.17 malam di pusingan-U, Kampung Darau, Manggatal.

Pegawai Pendakwa Insp Syaurin Suhurani dari Jabatan Trafik melakukan pendakwaan terbabit.

Sementara itu, seorang buruh berusia 29 tahun dikenakan penjara 14 bulan, oleh mahkamah selepas mengaku bersalah memiliki kabel disyaki harta curi.

Mahkamah menjatuhka­n hukuman itu terhadap Ramis Karim, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 411 Kanun Keseksaan.

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara selama tempoh lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Tertuduh didapati memiliki kabel sepanjang sepuluh kaki milik Sabah Electricit­y Sdn.Bhd. (SESB), pada 10 November jam 2.40 petang di Cyber Square, Jalan Cyber City, Penampang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia