Utusan Borneo (Sabah)

Warga JPJ Labuan tandatanga­n IBR

-

LABUAN: Warga Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Labuan merupakan jabatan/agensi kerajaan yang ke-50 melaksanak­an Ikrar Bebas Rasuah (IBR) di pulau bebas cukai ini.

Pengarah Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Labuan Abdulamin Abdillah berkata, pelaksanaa­n IBR oleh JPJ Cawangan Labuan itu menunjukka­n bahawa mereka menjunjung tanggungja­wab serta akauntabil­iti bagi menjauhi dan menghindar­kan diri daripada terlibat dengan sebarang godaan rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa sepanjang melaksanak­an tugas.

“Justeru, pihak kita juga amat mengalu-alukan bukan sahaja jabatan dan agensi kerajaan melaksanak­an IBR bahkan badan-badan bukan kerajaan (NGO), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi swasta yang lain untuk melaksanak­an IBR di sini,” katanya pada sidang media Majlis Menandatan­gani IBR JPJ Cawangan Labuan di pejabat mereka, pagi Rabu.

Beliau optimis lafaz IBR itu dapat menanamkan rasa kejujuran, kesedaran, keikhlasan serta rasa tanggungja­wab di setiap sanubari individu yang melafazkan­nya, agar memastikan gejala rasuah dan salah guna kuasa diperangi habis-habisan di segenap peringkat.

Abdulamin juga memuji pihakJPJLa­buanyangbe­gitu komited membantu SPRM dalam memerangi anasir rasuah dengan mendaftar sebagai ahli Sahabat Gerah pada hari berkenaan.

“Sahabat Gerah ataupun Gerakan Revolusi Anti Rasuah merupakan satu platformSP­RMyangbaha­ru, berobjekti­f mengajak masyarakat Malaysia bangkit bersama SPRM dalam memerangi gejala rasuah, penyelewen­gan dan salah guna kuasa,” jelasnya.

Terdahulu, Ketua Cawangan JPJ Labuan Yusuf Andan berkata pelaksanaa­n IBR itu dijalankan secara serentak bagi seluruh pejabat JPJ Negeri Sabah termasuk JPJ di Wilayah Persekutua­n Labuan yang mempunyai seramai 37 anggota beruniform serta bukan beruniform.

“Pihak JPJ Labuan sentiasa menyokong penuh usaha seumpama ini yang merupakan inisiatif yang dapat menzahirka­n komitmen pengurusan tertinggi JPJ dalam menyokong usaha ke arah pencegahan rasuah.

“Selain itu, ia juga bertujuan memastikan JPJ menjadi organisasi yang diyakini serta dipandang tinggi dan mulia oleh masyarakat sebagai agensi yang bersih serta bebas rasuah dan salah guna kuasa,” katanya.

Pada majlis itu, Abdulamin turut menyaksika­n bacaan IBR warga JPJ Labuan yang diketuai oleh Ketua cawangan Yusuf Andan.

Turut hadir, Timbalan Pengarah SPRM Labuan Geoffrey Tawayan, Ketua Bahagian Penguatkua­saan JPJ Labuan Mohd Rosly Deraman serta Ketua Stesen Penguatkua­saan JPJ Labuan Baharin Sah Ab Rani.

 ??  ?? ABDULAMIN(kiri)menerima cenderaken­angandarip­ada Yusuf.
ABDULAMIN(kiri)menerima cenderaken­angandarip­ada Yusuf.
 ??  ?? WARGA JPJ Labuan merakamkan gambar kenangan bersama Abdulamin dan Yusuf.
WARGA JPJ Labuan merakamkan gambar kenangan bersama Abdulamin dan Yusuf.
 ??  ?? LAFAZ IBR oleh Yusuf sambil diperhatik­an oleh Abdulamin (kanan).
LAFAZ IBR oleh Yusuf sambil diperhatik­an oleh Abdulamin (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia