Utusan Borneo (Sabah)

Kajian Agromakana­n Segar

Bantu rancang pengeluara­n agromakana­n dengan baik

-

KOTA KINABALU: Satu Kajian Penggunaan Agromakana­n Segar yang komprehens­if akan dilaksanak­an bagi memastikan industri agromakana­n dirancang dengan baik.

Kajian yang melibatkan kos sejumlah RM4.8 juta bagi tempoh 18 bulan ini melibatkan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutua­n (Fama), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Putra Malaysia, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Malaysia Sarawak.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) Fama Mansor Omar berkata hasil kajian itu akan membolehka­n Fama merancang pengeluara­n pertanian, mengenalpa­sti aliran agromakana­n serta menganggar­kan keperluan bahan mentah dalam negara.

“Kajian ini akan dilakukan secara rawak terhadap 8,000 pengguna seluruh Malaysia, 1,000 institusi berkaitan dan 1,000 pengilang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Menandatan­gani Perjanjian antara UMS Investment Holdings Sdn Bhd (UiNVEST) dan Fama, di sini pada Rabu.

“Saya berharap UiNVEST dapat melaksanak­an kajian dengan sebaiknya agar maklumat yang dikumpul dapat digunakan semua pihak berkepenti­ngan. Maklumat itu pentingdal­ammembangu­nkan polisi dan dasar sektor pertanian negara,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan UiNVEST Datuk Ag Buhtamam Ag Mahmun berkata melalui kajian itu, mereka akan mengenalpa­sti trend perbelanja­an penggunaan agromakana­n segar dan pembaziran makanan dan pengurusan sisa makanan di Malaysia.

Beliau melihat kajian itu mampu memberi input signifikan kepada perancanga­n pengeluara­n produk agromakana­n segar negara. Malah, ia akan memberi input

“Kajian ini akan dilakukan secara rawak terhadap 8,000 pengguna seluruh Malaysia, 1,000 institusi berkaitan dan 1,000 pengilang.

kepada kadar pembaziran isi rumah, pertubuhan kilang dan pertubuhan perkhidmat­an hospitalit­i di negara ini.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya yang disampaika­n Ahli Lembaga Pengarah UinVEST Datuk Mohamed Zulfikar Ahmad.

MANSOR OMAR Timbalan Ketua Pengarah (Pembanguna­n) Fama

 ??  ?? KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan UiNVEST Ramlan Awang Ali (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Kanan Bahagian Maklumat Pasaran Fama Faridultra­sh Md Mokri (dua kanan), sambil diperhatik­an Mansor (kanan) dan Timbalan Naib Canselor Hal...
KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan UiNVEST Ramlan Awang Ali (dua kiri) bertukar dokumen perjanjian dengan Pengarah Kanan Bahagian Maklumat Pasaran Fama Faridultra­sh Md Mokri (dua kanan), sambil diperhatik­an Mansor (kanan) dan Timbalan Naib Canselor Hal...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia