Utusan Borneo (Sabah)

Letak jawatan atau dipecat

Tindakan ke atas pengerusi JKKK yang tidak sokong dasar k’jaan

- Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Pemimpin akar umbi terutama pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) di daerah ini yang tidak menyokong dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) disarankan supaya meletakkan jawatan atau diambil tindakan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno ketika membuat saranan itu berkata, terdapat pemimpin akar-umbi yang menentang dasar kerajaan di negeri ini termasuk di daerah ini.

“Ramai orang telah lantik sebagai pengerusi JKKK dan mereka menerima elaun daripada kerajaan setiap bulan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan program Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN) Walkabout di dewan masyarakat di sini pada Selasa.

Sairin yang juga Adun Liawan berkata, apabila mereka tidak menjalanka­n tugas dengan betul, maknanya mereka menentang kerajaan. Tidak ada pilihan selain memberhent­ikan atau mengambil tindakan terhadap mereka.

“Kita mahu negara kita ini aman makmur dengan bantuan pemimpin akar umbi seperti pengerusi JKKK, ketua kampung, ketua masyarakat Cina, Wakil Ketua Anak Negeri, Ketua Anak Negeri dan ketua daerah,” katanya.

Beliau yang juga ketua Umno Bahagian Keningau memberitah­u sehingga hari ini, keadaan BN di negara ini termasuk Sabah semakin hari semakin kuat, lebihlebih lagi Bajet 2018 yang diumumkan oleh Perdana Menteri mencakupi semua lapisan rakyat.

“Saya yakin rakyat di pedalaman sekarang sudah bijak memikirkan mana batu dan mana permata. Maka, rakyat perlu memastikan BN mendapat majoriti dua pertiga pada PRU14.

“BN tetap akan menang cuma kita mahu majoriti dua pertiga supaya kerajaan boleh membuat dan menggubal dasar-dasar untuk kebaikan rakyat secara jangka panjang, terutama Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang begitu baik untuk golongan belia,” katanya.

Turut hadir Timbalan Pengarah JPN Negeri Sabah Adrian Allan Richard, Pegawai Daerah Haji Yusop Haji Osman, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, wakil Ketua Polis Daerah ASP Ronaidi Jaafar dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil.

SAIRIN (tengah) bersama Adrian, Yusop, Amir dan pegawai kerajaan lain ketika lawatan ke van bergerak JPN.

Saya yakin rakyat di pedalaman sekarang sudah bijak memikirkan mana batu dan mana permata.

DATUK HAJI SAIRIN KARNO Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia