Utusan Borneo (Sabah)

25 lelaki, empat wanita ditahan

Polis turut rampas 81 mesin judi simulator

- Oleh VIVI OLVIANA NAJURUS

LABUAN: Sepasukan polis dari Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah berjaya menahan 25 lelaki serta empat wanita warga tempatan yang dipercayai terbabit dalam aktiviti perjudian di sini, malam Selasa.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah Datuk Salehhudin Abdul Rahman berkata kesemua suspek berumur 19 hingga 61 tahun ditahan dalam dua serbuan berasingan yang dijalankan bermula jam 9.15 malam.

“Semasa serbuan dijalankan, kita menahan 29 individu termasuk lapan penjaga premis iaitu tiga daripadany­a wanita, 20 lelaki dan seorang wanita yang sedang leka bermain judi jenis simulator.

“Polis turut merampas 81 mesin judi simulator, 487 keping kupon pelbagai nilai serta wang tunai berjumlah RM9,470,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) iaitu mana-mana individu yang

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas.

mengimport, mengeluar, memasang, membekal, menjual, mengedar, menggadai, memajak, menyewa, servis, membaiki, mengubahsu­ai, atau mengubah bentuk, kombinasi yang berkaitan dengan mesin judi adalah satu kesalahan.

“Jika sabit kesalahan suspek boleh dikenakan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM200,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas, dan hendaklah dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun,” katanya.

DATUK SALEHHUDIN ABDUL RAHMAN Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Sabah

 ??  ?? KEADAAN premis perjudian yang diserbu sepasukan anggota D7 IPK Sabah bermula jam 9.15 malam Selasa.
KEADAAN premis perjudian yang diserbu sepasukan anggota D7 IPK Sabah bermula jam 9.15 malam Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia