Utusan Borneo (Sabah)

Jawatankua­sa khas NBOS

Rancang strategi tingkat pendapatan rakyat

-

KUALALUMPU­R:Kerajaan melalui Jawatankua­sa Khas Kabinet bagi Menangani Kos Sara Hidup Rakyat sentiasa membincang­kan pelbagai strategi melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dalam usaha meningkatk­an taraf hidup rakyat termasuk strategi khusus bagi menangani isu kemiskinan bandar secara holistik. Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agung berkata antara usaha yang diambil ialah menubuhkan jawatankua­sa harga bersama beberapa kementeria­n dan agensi berkaitan untuk melihat isu di sepanjang rantaian pengedaran, dan Tabung Bantuan Khas Persekutua­n berpusat bagi mengumpul dana tanggungja­wab sosial korporat (CSR) .

“Lebih 100 buah syarikat telah berdaftar di bawah dana CSR ini dengan anggaran kutipan dana sebanyak RM7 DATUK HENRY SUM AGUNG Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an juta pada 2016 dan telah disalurkan kepada institusi berdaftar di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat seperti Pertubuhan Sukarelawa­n Malaysia dan pertubuhan bukan kerajaan.

“Jawatankua­sa Khas ini juga dari masa ke masa akan mengkaji strategi dan pelan tindakan berkaitan kos sara hidup untuk meningkatk­an kualiti hidup dan memastikan kesejahter­aan rakyat terbela,” katanya di Dewan Rakyat di sini pada Rabu.

Beliau menjawab soalan Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) mengenai tindakan yang telah dilaksanak­an kerajaan dalam menangani isu peningkata­n kos sara hidup melalui NBOS.

Henry berkata antara inisiatif lain yang dilaksanak­an ialah penguatkua­saan melalui Akta Kawalan Harga dan Antipencat­utan 2011 dengan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga yang cuba menaikkan harga barangan dan disyaki mencatut.

Beliau berkata kementeria­n berkenaan juga mengadakan Kempen Harga Berpatutan bagi memastikan rakyat terus mendapat barangan pada harga terendah melibatkan pasar raya besar dan kecil di seluruh negara.

“Kerajaan turut melaksanak­an skim kawalan harga musim perayaan untuk menyekat kenaikan harga semasa enam perayaan utama iaitu Tahun Baharu Cina, Hari Gawai, Pesta Keamatan, Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas,” katanya.

Selain itu, program Penyeragam­an Harga bagi memastikan pengguna di kawasan pedalaman Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak turut menikmati harga barangan kawalan pada harga yang dikawal kerajaan. -Bernama

” Jawatankua­sa Khas ini juga dari masa ke masa akan mengkaji strategi dan pelan tindakan berkaitan kos sara hidup untuk meningkatk­an kualiti hidup dan memastikan kesejahter­aan rakyat terbela.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia