Utusan Borneo (Sabah)

4,096 permohonan sertai TUKAR sejak 2013

-

SEBANYAK 4,096 permohonan untuk pinjaman bagi menyertai Program Transforma­si Kedai Runcit (TUKAR) diterima kerajaan sejak 2013 sehingga setakat ini, Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an Datuk Henry Sum Agong berkata daripada jumlah tersebut sebanyak 2,526 permohonan telah ditolak.

“Sebanyak 1,570 permohonan sahaja berjaya diterima dan diluluskan, sementara sebanyak 33 orang telah berjaya membayar habis pinjaman mereka.

“Manakala peserta yang belum menyelesai­kan pembayaran sepenuhnya ialah sebanyak 1,537 orang,” katanya semasa menjawab soalan Er Teck Hwa (DAPBakri) berhubung jumlah kedai runcit yang memohon, diluluskan dan ditolak untuk menyertai program TUKAR sejak 2013 sehingga 2017.

Katanya TUKAR dimulakan sejak 2011 bagi membantu para peniaga kedai runcit yang tidak mendapat peluang pinjaman daripada bank mendapatka­n bantuan pinjaman sebanyak RM80,000 bagi tempoh 15 tahun.

“Mulai tahun ini jumlah itu dinaikkan kepada RM200,000 yang perlu dibayar dalam tempoh sama tetapi khusus bagi peniagapen­iaga yang menunjukka­n kejayaan dalam perniagaan mereka,” katanya.

TUKAR merupakan satu daripada Projek Pemulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) bagi Pemboronga­n dan Peruncitan yang diselia oleh Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an.

Program itu yang dilancarka­n pada 19 Febi 2011 memfokuska­n untuk memodenkan kedai runcit tradisiona­l dan sedia ada bagi meningkatk­an daya saing dalam persekitar­an peruncitan yang kompetitif. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia