Utusan Borneo (Sabah)

Penggunaan internet kini lebih 89 peratus

-

PENGGUNAAN internet di negara ini kini meningkat kepada 89.3 peratus berbanding 80 peratus pada 2016, persidanga­n Dewan Rakyat diberitahu pada Rabu.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Jailani Johari berkata kajian pengguna media sosial mendapati 15.5 peratuspen­ggunaadala­hdalam kalangan remaja berumur 19 tahun ke bawah.

“Hasil dapatan kajian itu juga mendapati pengguna media sosial menggunaka­n Internet sekitar empat jam sehari,” katanya menjawab soalan Teo Nie Ching (DAPKulai).

Beliau berkata pemilik akaun Facebook meningkat daripada 96.5 peratus pada 2016 kepada 97.3 peratus setakat ini, selain Instagram (46.7 peratus kepada 56.1 peratus) dan Twitter (26.5 peratus kepada 26.6 peratus).

Mengenai perlindung­an data peribadi, beliau berkata pengguna Internet perlu lebih berhati-hati menyalurka­n maklumat terutama menerusi media sosial memandangk­an data dikumpul setiap hari dan tanpa sempadan.

Jailani turut menyaranka­n pengguna Internet menggunaka­n kata laluan bersifat ‘alphanumer­ic’ iaitu gabungan nombor dan abjad sebagai langkah perlindung­an.

Katanya antara modus operandi yang sering digunakan penjenayah siber ialah teknik penggodama­n, kecurian fizikal seperti komputer riba dan telefon pintar, penyamaran seperti menggunaka­n e-mel serta media sosial.

Selain itu, Jailani berkata kementeria­n sentiasa mengingatk­an syarikat telekomuni­kasi untuk memeriksa sistem transaksi bagi memastikan ia tidak digodam.

Katanya langkah itu termasuk dalam syarat lesen yang perlu dipatuhi pihak syarikat telekomuni­kasi.

Beliau berkata sehingga kini tiga kes telah didakwa di bawah Akta Perlindung­an Data Peribadi 2010 dan kesemuanya telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia