Utusan Borneo (Sabah)

Pertanding­an basikal berhias pupuk budaya kreatif dan inovatif

Pupuk budaya kreatif dan inovatif

-

SEKOLAH Kebangsaan Kampung Contoh Petagas, Putatan, telah mengadakan sambutan Hari Kanakkanak dan Keusahawan­an pada Sabtu dengan menganjurk­an pelbagai aktiviti termasuk pertanding­an basikal berhias.

Pertanding­an yang bertemakan ‘Kreatif dan

Inovatif’ yang disertai lapan murid itu telah menampilka­n aneka jenis hiasan, termasuk sedikit pengubahsu­aian yang menarik kepada basikal mereka.

Guru Panitia Pendidikan Seni Visual Asrul berkata penyertaan murid dalam pertanding­an itu adalah di luar jangkaan.

Katanya pihak jawatankua­sa teknikal pertanding­an yang terdiri daripada murid tahun 6 pada awalnya memaklumka­n hanya menerima dua penyertaan sahaja.

“Namun jumlah penyertaan daripada murid semakin hari semakin bertambah sehingga ke hari pertanding­an. Mereka terdiri murid tahun 1, 2, 3, 4 dan 5.

“Penganjura­n pertanding­an ini juga selaras dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia dalam membudayak­an amalan berfikir aras tinggi serta melakukan inovasi dalam kalangan murid sekolah rendah, selain membuka ruang kepada murid menunjukka­n bakat dan kreativiti masing-masing dalam menghias basikal mereka,” katanya.

Dalam pertanding­an itu, hiasan perlu diolah daripada bahan kitar semula dan digalakkan untuk membuat penambahba­ikan untuk mana-mana bahagian pada basikal, dengan syarat ia tidak membahayak­an dan tidak memerlukan kos yang tinggi.

Antara hasil inovasi yang terdapat pada basikal peserta ialah menambahka­n pembesar suara mudah alih yang membolehka­n penunggang mendengar lagu semasa menaiki basikal serta modifikasi ‘cover

set’ badan basikal dibuat daripada polistrin yang dicat semula selain menambah penghadang angin daripada plastik di bahagian hadapan.

Penganjura­n pertanding­an itu mendapat respon yang positif daripada banyak pihak, khususnya daripada murid, pihak sekolah serta wakil Pejabat Pendidikan Daerah Penampang sendiri yang hadir melihat hasil kreativiti dan inovasi murid pada hari berkenaan.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? BASIKAL yang diubahsuai dan dihiasi dengan kreatif pada pertanding­an itu.
BASIKAL yang diubahsuai dan dihiasi dengan kreatif pada pertanding­an itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia