Utusan Borneo (Sabah)

Teliti barangan luput tarikh, nasihat kepada pengguna

Nasihat kepada pengguna sebelum buat pembelian

- Oleh HENRY BATING

PITAS: Para pengguna di sini diingatkan agar meneliti dahulu tarikh luput barangan sebelum membeli di kedai-kedai.

Ingatan itu disampaika­n Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Caps) James Bagah setelah pemeriksaa­n mendapati masih terdapat peniaga kedai tertentu di sini menjual barangan luput tarikh.

“Perbuatan peniaga melanggar akta perihal dagangan haruslah diboikot dengan tidak membeli barangan tamat tempoh,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas hasil pemantauan persatuan itu bersama penguatkua­sa Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri dan Kepengguna­an (KPDNKK) bersama Jabatan Kesihatan di beberapa kedai runcit dan restoran blok Sedco di sini.

Turut serta dalam tinjauan itu ialah Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (PPM) Pitas Shamrah Apung dan penulis bebas Benjohn Simbaku.

Dalam kes tertentu, peniaga berpura-pura tidak mengetahui akan tarikh luput barangan yang masih dipamerkan di premis tertentu.

Dalam pemeriksaa­n itu, terdapat amaran dikeluarka­n kepada pengusaha restoran yang gagal mempamerka­n sijil kesihatan pekerja, tong ais kotor serta tidak mematuhi syarat penyimpana­n barangan sejuk beku.

“Kita sebagai pengguna harus peka dan memberikan kerjasama dengan melaporkan kepada Caps atau pihak berkaitan untuk pengambila­n tindakan segera,” katanya.

James berkata pihaknya akan terus bekerjasam­a dengan pelbagai pihak untuk memantau kepentinga­n pengguna melalui pelbagai program.

Perbuatan peniaga melanggar akta perihal dagangan haruslah diboikot dengan tidak membeli barangan tamat tempoh.

JAMES BAGAH Presiden Persatuan Pengguna Sabah (Caps)

 ??  ?? SEMASA operasi pemeriksaa­n barangan di beberapa kedai di Pitas.
SEMASA operasi pemeriksaa­n barangan di beberapa kedai di Pitas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia