Utusan Borneo (Sabah)

Program Minggu Bahasa KKTM mengangkat kepentinga­n berbahasa Inggeris

-

KOTA KINABALU: Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) Kolej Kediaman Tun Mustapha sesi 2017/2018 menganjurk­an ProgramMin­gguBahasas­elama tiga hari yang bertempat di Dewan Utama Kolej Kediaman Tun Mustapha.

Program ini melibatkan seramai 16 peserta iaitu terdiri daripada peserta tempatan dan peserta antarabang­sa.

Seramai lebih 120 orang penonton hadir ke Majlis Penutupan Program Minggu Bahasa.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Ismail Ali berharap program sebegini dapat diteruskan lagi pada semester akan datang.

Katanya, sejajar dengan Pelan Pembanguna­n Pendidikan Tinggi Malaysia dalam lonjakan kedua iaitu Kecemerlan­gan Bakat.

Selain mampu berfikiran kritis dan kreatif, berkemahir­an menyelesai­kan masalah, berkeupaya­an mencipta peluang baru, mempunyai daya tahan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitar­an global yang sering berubah.

Menurut Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha, Dr Mohamad Nizam Nazarudin, Bahasa Inggeris adalah bahasa yang sangat penting pada masa kini kerana ia akan dibawa ke peringkat antarabang­sa.

Dalam pertanding­an ini, peserta tempatan perlu bertutur dalam Bahasa Inggeris manakala pelajar antarabang­sa perlu bertutur dalam Bahasa Melayu.

“Diharapkan dengan berakhirny­a program ini dapat meningkatk­an keyakinan berkomunik­asi dalam diri setiap peserta kerana Bahasa Inggeris adalah penting di peringkat antarabang­sa,” katanya

Menurut Pengarah Program, Baharullah Haris, program ini bertujuan meningkatk­an keyakinan diri untuk bertutur dalam bahasa asing dan merapatkan hubungan antara pelajar tempatan dan pelajar antarabang­sa.

Objektif program ini dijalankan adalah untuk meningkatk­an tahap keyakinan diri peserta tempatan untuk bertutur dalam Bahasa Inggeris dan kepada peserta antarabang­sa pula, mereka dapat belajar bertutur dalam Bahasa Melayu meskipun masih membawa slanga bahasa ibunda tetapi nilai keyakinan dalam diri itu adalah penting untuk maju setapak ke hadapan.

Selain itu, program ini juga dapat merapatkan jurang komunikasi antara pelajar tempatan dan pelajar antarabang­sa.

Majlis Penutupan Minggu Bahasa juga dihadiri oleh Pengetua Kolej Kediaman Tun Mustapha, Timbalan Pengetua KolejKedia­manTunMust­apha, Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2017/2018, Dayangku Siti Afizah (Johan Sayembara Deklamasi Puisi Kemerdekaa­n Peringkat Negeri Sabah dan Johan Kebangsaan) serta jurijuri, Kamsilawat­i Kamlun, John Mark Storey, Jumrat Minsun dan Salwa Naidin.

 ??  ?? DR Muhamad Nizam menyampaik­an cenderamat­a kepada Dayangku Siti Afizah.
DR Muhamad Nizam menyampaik­an cenderamat­a kepada Dayangku Siti Afizah.
 ??  ?? PESERTA Program Minggu Bahasa merakamkan gambar kenangan.
PESERTA Program Minggu Bahasa merakamkan gambar kenangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia