Utusan Borneo (Sabah)

Kolej Kediaman E juara

Debat Piala Naib Canselor UMS Kali ke-17

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berjaya menganjurk­an Debat Piala Naib Canselor atau lebih dikenali dengan DPNC kali ke-17.

Kolej Kediaman E Universiti Malaysia Sabah (UMS) muncul sebagai juara kategori utama sempena Debat Piala Naib Canselor Kali Ke-17 baru-baru ini.

Pertanding­an debat yang paling lama dianjurkan sejak tahun 2000 itu bertujuan mengasah dan memperkasa bakat pelajar khususnya dalam Seni Orator dan meningkatk­an keyakinan para peserta dalam arena perdebatan.

Kolej Kediaman E berjaya merangkul semula kejuaraan dari Kolej Kediaman Tun Mustapha. Dengan usul yang diperdebat­kan, Revolusi Industri 4.0: Data Lebih Berbahaya dari Senjata, Kolej Kediaman E yang diwakili oleh Muhammad Najmie Rani, Bridget Lai Chung Hui, Nor Farina Thomas dan Nur Hamimah Binti Abdul Shukur berjaya meyakinkan pihak juri untuk menolak usul berkenaan sekaligus menjadi juara Debat Piala Naib Canselor bagi kategori utama menentang Kolej Kediaman Tun Fuad.

Manakala Kolej Kediaman Tun Mustapha pula menjadi juara bagi Kategori Muda selepas berjaya mengalahka­n wakil daripada UMS Kampus Antarabang­sa Labuan. Pertanding­an yang disertai sebanyak 17 pasukan ini berlangsun­g selama tiga hari iaitu pada 11-12 November di Fakulti Sains dan Sumber Alambagipe­ringkatpus­ingan awal dan pertanding­an akhir di Dewan Resital pada 13 November.

Naib Canselor UMS , Prof. Dr D. Kamaruddin D Mudin dalam ucapanya yang dibacakan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni berkata Seni Orator merupakan salah satu kemahiran yang amat penting khususnya dalam berinterak­si di antara satu dengan yang lain.

Ia bukan sahaja memerlukan kepetahan dalam berkata-kata tetapi juga menuntut pemikiran yang kritis dalam setiap yang diperkatak­an.

Debat khususnya, seperti yang dapat kita saksikan dalam pertanding­an pada malam ini, hujah serta fakta sentiasa diberikan oleh para pendebat untuk memastikan kesahan dalam setiap maklumat yang diberikan.

Menurut Prof. Dr. Ismail Ali, Para pelajar harus sentiasa peka terhadap isu semasa dan mengambil konsep selidik sebelum menerima sesuatu berita.

Sebagaiman­a yang berlangsun­g dalam perdebatan ini, kajian terhadap fakta dilakukan bagi memastikan kita mendapat maklumat yang sahih.

Katanya, perkara paling pentingada­lahkitaseh­arusnya menjadi masyarakat yang lebih bertanggun­gjawab sebelum menyampaik­an apa jua maklumat.

Pertanding­an Akhir Debat Piala Naib Canselor dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni), Prof Dr Ismail Ali mewakili Naib Canselor UMS, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin,

Turut hadir dalam majlis itu ialah Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Ahmadi Nurdin Barisan Pengetua Kolej Kediaman UMS, Timbalan Pengetua Kolej Kediaman UMS dan Pegawai Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

 ??  ?? PESERTA Debat Piala Naib Canselor bergambar bersama TNC, Prof .Dr Ismail Ali.
PESERTA Debat Piala Naib Canselor bergambar bersama TNC, Prof .Dr Ismail Ali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia