Utusan Borneo (Sabah)

Program Latihan Transforma­si Negara pemimpin mahasiswa Universiti Malaysia Sabah

-

KOTA KINABALU: Jabatan Hal Ehwal Pelajar, Universiti Malaysia Sabah (UMS) mengadakan Program Latihan Trasformas­i Negara anjuran bersama Biro Tata Negara (BTN) bertempat di Kem Bina Negara Kundasang, Ranau, Sabah.

Program latihan ini dihadiri lebih 32 orang pemimpin mahasiswa itu daripada barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2017/ 2018 dan barisan Jawatankua­sa Kebajikan Mahasiswa (JAKMAS) kolej kediaman UMS sesi 2017/ 2018.

Programlat­ihaninidia­dakan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 November 2017

ANTARA peserta Program Latihan Transforma­si Negara.

(Jumaat hingga Ahad) dan diselarask­an sepenuhnya oleh pihak BTN, Kundasang, Ranau dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar UMS.

Ia bertujuan untuk memupuk semangat cintakan negara di samping memantapka­n kepemimpin­an peserta menjadi seorang mahasiswa yang berwibawa dan dinamik selaras dengan misi dan visi UMS khususnya dan negara amnya.

Timbalan Naib Canselor HEPA,Prof. Dr. Ismail Ali berkata, kursus ini merangkumi tiga fasa melibatkan pendedahan kepada teori kepimpinan, kemahiran membina pasukan serta kemahiran dalam merancang aktiviti mahu pun program untuk mahasiswa.

Program ini dijalankan secara tahunan di mana para peserta diberi kefahaman yang mendalam terhadap patriotism­e, kepimpinan serta inisiatif yang perlu diambil dan dilakukan oleh seorang pemimpin hebat.

Majlis penutupan ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan, Hal Ehwal Pelajar, Ahmadi Nurdin dan pegawai-pegawai HEPA.

Antara pengisian Program Latihan Trasnsform­asi Negara sepanjang tiga hari itu adalah seperti Wacana Minda, Penjanaan Keilmuan Peningkata­n Kesedaran (PKPK) dan turut diselitkan ceramah daripada pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

 ??  ??
 ??  ?? AHMADI menyampaik­an ucapan dalam majlis itu.
AHMADI menyampaik­an ucapan dalam majlis itu.
 ??  ?? (gambar atas) AHMADI menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
(gambar atas) AHMADI menyampaik­an sijil kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? (gambar kiri) PESERTA yang mengikuti program itu.
(gambar kiri) PESERTA yang mengikuti program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia