Utusan Borneo (Sabah)

IORA punya peluang besar untuk memperkasa­kan ekonomi wanita

-

NEW DELHI: Persatuan Negara-Negara Pesisir Lautan Hindi (IORA) mempunyai peluang besar dalam memperkasa­kan wanita terutamany­a dari segi pembanguna­n ekonomi. Penceramah Pemerkasaa­n Ekonomi Wanita IORA Archana Garodia Gupta berkata ia boleh dicapai jika wanita dalam IORA diberi peluang sama seperti yang dinikmati wanita di Eropah. “Terdapat satu kajian di India menyatakan bahawa jika lelaki mempunyai wang, mereka akan membelanja­kan kirakira 60 hingga 70 peratus ke atas keluarga dan selebihnya untuk diri sendiri, tetapi jika wanita mempunyai wang, mereka akan membelanja­kan lebih daripada 90 peratus untuk keluarga.

“Jadi kebiasaann­ya, jika wanita membelanja­kan wang, ia akan pergi kepada anakanak mereka dan kanak-kanak biasanya akan menikmati nutrisi dan pendidikan yang lebih baik,” katanya kepada pemberita dari negara IORA pada mesyuarat delegasi Persekutua­n Dewan Perniagaan dan Perindustr­ian India (FICCI) di sini pada Selasa .

Beliau berkata delegasi wanita IORA sedang mengusahak­an beberapa produk yang mampu memenuhi keperluan wanita sendiri.

“Saya rasa kita mempunyai peluang besar untuk memperkasa wanita kita, berkongsi cerita, belajar daripada satu sama lain dan juga perdaganga­n sesama wanita, kerana kita menghasilk­an banyak produk yang kita sendiri suka untuk membelinya.

Jadi ini merupakan sesuatu yang boleh kita usahakan. Saya telah berjumpa dengan beberapa delegasi wanita IORA dan kami berharap untuk mengadakan lebih banyak peluang perniagaan antara sesama wanita negara yang terlibat,” kata Archana.

IORA melibatkan 21 negara dari rantau pesisir Lautan Hindi iaitu Malaysia, Australia, Bangladesh, Kesatuan Comoros, India, Indonesia, Iran, Kenya, Madagascar, Mauritius, Mozambique, Oman, Seychelles, Singapura, Somalia, Afrika Selatan, Sri Lanka, Tanzania, Thailand, Emiriah Arab Bersatu dan Yemen.

IORA meliputi enam bidang keutamaan iaitu keselamata­n maritim, memudah cara perdaganga­n dan pelaburan, pengurusan perikanan, pengurusan risiko bencana, akademik, sains dan teknologi, penggalaka­n pelanconga­n dan program pertukaran kebudayaan.

Ia juga memberi tumpuan khas kepada dua isu rentas iaitu ‘Blue Economy’ dan pemerkasaa­n ekonomi wanita.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia