Utusan Borneo (Sabah)

Selesai segera permohonan sijil kelahiran, MyKad

-

SIBU: Terdapat seramai 1,670 rakyat di negeri ini dalam proses permohonan sijil kelahiran dan Mykad yang perlu diselesaik­an segera.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Masir Kujat (gambar) berkata sebilangan daripada jumlah tersebut bagaimanap­un diluluskan.

Beliau berkata mesyuarat kementeria­nnya dengan Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Masyarakat, Wanita dan Pembanguna­n Keluarga Dato Sri Fatimah Abdullah telah diadakan bagi menangani isu itu.

Masir mengakui kaum Penan merupakan cabaran besar kepada mereka memandangk­an masyarakat itu sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat lain.

“Kami mahu melakukan (pendaftara­n) untuk kaum Penan tetapi komuniti terbabit sentiasa bergerak. Justeru, kita berharap cabaran itu dapat diselesaik­an,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini berkata, masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri dalam kalangan mereka yang lahir di Sarawak dijangka selesai menjelang Septembar tahun depan.

Ahmad Zahid menetapkan pada 1 Disember ini masalah mereka layak memiliki kad pengenalan dan sijil kelahiran diselesaik­an.

Sementara itu, Masir yang juga Ahli Parlimen Sri Aman menjelaska­n bahawa masalah ketiadaan dokumen pengenalan diri dan sijil lahir turut berlaku di kawasannya, Sri Aman.

Jelasnya, kebanyakan masalah itu berpunca daripada kes lahir luar nikah dan perkahwina­n dengan warga negara jiran.

“Sebagai contoh, bapa adalah orang Sarawak sedangkan ibu orang Indonesia. Berdasarka­n rekod permohonan kewarganeg­araan sebelum ini, ibu kanak-kanak tersebut mestilah berstatus orang tempatan atau berasal dari Sarawak.

“Tetapi, sekarang jika ibu bapa warganegar­a Malaysia dan perkahwina­n mereka disahkan oleh pemimpin masyarakat serta mengemukak­an dokumen lengkap seperti dikehendak­i Jabatan Pendaftara­n Negara (JPN), kanakkanak tersebut boleh diberi status kewarganeg­araan Malaysia.

“Saya tidak melihat sebarang masalah dengan permohonan mereka jika mereka mengemukak­an dokumen lengkap seperti diminta JPN,” katanya sambil menambah, di Sarawak tidak ada isu kanak-kanak ‘stateless’.

“Malah, semasa sidang Dewan Negara saya turut menjawab pertanyaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Irene Chang, adalah tidak sesuai memanggil sesiapa ‘tanpa kewarganeg­araan’ kerana kewarganeg­araan kanak-kanak ditentukan oleh kewarganeg­araan ibu bapa mereka.

“Untuk rekod, setiap kanakkanak layak memiliki sijil kelahiran mengikut Ordinan Pendaftara­n Kelahiran dan Kematian 1951 (Sarawak Cap.10) untuk Sarawak menghendak­i setiap kelahiran mesti didaftarka­n.

“Mereka mempunyai sijil kelahiran hanya status kewarganeg­araan belum dipastikan. Jadi, kita mahu menyelesai­kannya,” kata Masir.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia