Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ditemui mati tergantung dalam rumah sewa

-

LIMBANG: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di dalam sebuah bilik rumah sewa di atas bukit Jalan Buangsiul di sini, petang Selasa.

Mayat Jong Chong, 62, atau lebih dikenali penduduk setempat sebagai Ah Pui ditemui lengkap berpakaian oleh anak pemilik rumah sewa berkenaan sekitar jam 1.20 petang.

Menurut penduduk, Ah Pui biasanya akan turun ke kakibukitu­ntukbersar­apan sekitar jam 8 pagi, namun ketiadaan kelibatnya pagi semalam menimbulka­n tanda tanya kepada mereka yang kemudian bertindak mencarinya di rumah sewa berkenaan.

“Biasanya, mangsa akan turun ke kaki bukit jika lapar, tetapi hari ini (semalam) kelibatnya tidak nampak, dan kami segera menjengukn­ya.

“Setibanya di rumah sewa itu, Ah Pui ditemui sudah meninggal dunia dalam keadaan tergantung dengan tali,” kata mereka kepada media pada Selasa.

Penduduk menambah, Ah Pui biasanya akan turun ke kaki bukit tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam untuk makan.

Kata mereka, Ah Pui yang berasal dari Siburan menetap di rumah sewa tersebut sejak enam bulan lalu.

“Sebelum ini, dia menyewa rumah sewa kami yang terletak di kaki bukit sehingga hujung tahun lepas,” jelas mereka lagi.

Seorang lagi penduduk berkata, mangsa tidak mempunyai pekerjaan tetap.

“Dia menetap seorang diri di rumah sewa itu sejak enam bulan lepas dan kini tidak lagi mempunyai pekerjaan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata, sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 1.20 petang Selasa.

Beliau tidak menolak kemungkina­n mangsa meninggal dunia dalam tempoh 24 jam.

“Setakat ini, hasil siasatan awal kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut, dan kita masih menunggu keputusan bedah siasat nanti,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa ke rumah mayat Hospital Limbang untuk bedah siasat.
ANGGOTA polis mengangkat mayat mangsa ke rumah mayat Hospital Limbang untuk bedah siasat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia