Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan sedia RM45 juta

Untuk projek tebatan banjir, melurus dan memperdala­m sungai

- Oleh DELLROY keadaan jambatan gantung Kg Ulu Liawan yang rosak akibat banjir.

KENINGAU: Dianggarka­n sejumlah RM45 juta lagi diperlukan bagi melurus dan mendalamka­n serta membina tebatan banjir di sebahagian sungai di DUN Liawan.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kerja mendalam dan meluruskan sungai-sungai serta membina tebatan banjir adalah bagi mengelak air sungai daripada melimpah sekiranya hujan lebat yang mengakibat­kan banjir sehingga menjejaska­n tanaman pertanian penduduk kampung seperti sawah padi dan sebagainya.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kerja mendalam dan meluruskan oleh pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Keningau di Sungai Ulu Liawan, di sini pada Selasa.

“Kerajaan amat prihatin

SAIRIN (dua dari kiri) meninjau kerja di Sungai Ulu Liawan. Turut kelihatan Mohd Jamri (dua dari kanan) dan Sahanip (berdiri, kiri).

“Kerajaan amat prihatin terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat terutamany­a keperluan dalam kehidupan.” meneruskan DATUK HAJI SAIRIN KARNO

terhadap kesusahan yang dihadapi rakyat terutamany­a keperluan dalam meneruskan kehidupan,” katanya.

Selain itu katanya, sejumlah RM100,000 telahpun disalurkan melalui Pejabat

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan

Daerah Keningau untuk membina jambatan gantung baharu di Kampung Ulu Liawan bagi menggantik­an jambatan gantung yang rosak akibat banjir lalu selain melakukan gotong royong membina tebatan banjir di ulu sungai berkenaan pada minggu depan.

Dalam perkembang­an lain, Sairin yang juga Adun Liawan berkata dalam jangka panjang ini satu pembanguna­n kepada rakyat akan dirancang iaitu membina tiga jambatan baharu di Sungai Pegalan di KampungBag­inda,Kampung Linsudan dan jalan Bank Bumiputera berdekatan Kg Lingkudau.

Katanya, pembinaan jambatan itu adalah alternatif dalam mengurangk­an kesesakan lalu lintas di Pekan Keningau selain merancakka­n sosioekono­mi penduduk kira-kira lebih 50 kampung di seberang sungai itu.

Sementara itu, beliau turut menyampaik­an bantuan hampir 500 kerusi plastik kepada enam kampung sekitar DUNLiawanu­ntukkeguna­an masyarakat setempat.

“Selain bantuan ini, lebih banyak bantuan berkaitan akan disalurkan kepada rakyat di DUN Liawan mengikut keperluan masingmasi­ng pada akan datang,” katanya.

Hadir sama, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Penolong Jurutera JPS Keningau Jamri Mohd Lajim serta pemimpin masyarakat.

 ??  ?? BEGINILAH
BEGINILAH
 ??  ??
 ??  ?? KELIHATAN Sungai Ulu Liawan setelah dilurus dan perdalamka­n.
KELIHATAN Sungai Ulu Liawan setelah dilurus dan perdalamka­n.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia