Utusan Borneo (Sabah)

Spontan Ber-Ilmu beri kesedaran mewujudkan hubungan positif

- Terpancar di wajah sebahagian peserta program Spontan Ber-Ilmu.

KOTA KINABALU: Pelajar Diploma Pengurusan yang mengambil subjek Seminar Pengurusan sesi September 2017 telah mengadakan program Spontan Ber-Ilmu di Dewan Bunga Raya Kolej MSU Sabah pada Isnin.

Program itu bertujuan memberi kesedaran kepada peserta tentang kepentinga­n mewujudkan hubungan dan impak positif semasa berkomunik­asi dengan individu lain.

Seramai 203 peserta yang terdiri daripada pelajar Kolej MSU Sabah dan alumni kolej itu berpeluang mendengar pengalaman dan teknik berkomunik­asi secara spontan yang dikongsika­n sendiri oleh penceramah jemputan iaitu penyampai Radio Era fm Sabah, Dj Lopz Walawd. Beliau turut memberi kejutan dengan membawa bersama rakan konti Dj Addnan Sarippuddi­n.

Pensyarah subjek berkenaan, Dayangku Fadzliyana­h berkata perkongsia­n penceramah dan wakil dari industri selain pendidikan adalah salah satu medium yang berkesan dalam membantu pelajar meluaskan lagi pandangan mereka.

“Ia juga mendidik mereka tentang kepentinga­n berkomunik­asi dengan berkesan,” katanya.

Sementara itu, Dj Lopz berpesan kepada peserta program tentang peri pentingnya memberi respon dengan pantas semasa proses komunikasi.

“Maklumat yang membantu agar komunikasi efektif pula perlu sentiasa ditambah dengan membuat pembacaan yang konsisten dan sentiasa peka terhadap perubahan persekitar­an,” kata rakan konti Dj Addnan.

KECERIAAN

Program itu diserikan lagi dengan persembaha­n beatbox daripada almuni Kolej MSU, Al Rashed Rani yang merupakan wakil pemenang Leisure and style MSU 2017 di Shah Alam yang menerima biasiswa berjumlah RM4,000 daripada Management and Science University (MSU).

Pengetua Kolej MSU Sabah Suif Sainan mengucapka­n tah- niah kepada Pengarah Program Deshliana Sabana atas kejayaan penganjura­n program itu.

“Usaha pelajar menganjurk­an program sedemikian membuktika­n pemerkasaa­n pendidikan melalui silibus yang berkualiti membantu pelajar mempelajar­i kemahiran pengurusan, sekali gus meningkatk­an lagi kemahiran kepimpinan pada diri pelajar itu sediri,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? DJ LOPZ dan Dj Addnan memanggil salah seorang peserta Spontan Ber-Ilmu naik ke pentas.
DJ LOPZ dan Dj Addnan memanggil salah seorang peserta Spontan Ber-Ilmu naik ke pentas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia