Utusan Borneo (Sabah)

Perwakilan Usia disaran bincang isu perkasa gerakan dakwah

- Oleh JOHAN AZIZ

TENOM: Perwakilan Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (Usia) disarankan agar memanfaatk­an ruang untuk membincang­kan isu-isu memperkasa­gerakandak­wah di negeri ini bagi menghadapi cabaran globalisas­i pada mesyuarat agung ke-31 pertubuhan itu pada 17 November ini.

Ketua Badan Belia Usia Jamawi Jaafar berkata, sesuai dengan kedinamika­n ajaran Islam maka, dakwah yang didukung oleh para pendakwah harus mampu menangani arus perubahan yang begitu drastik masa kini.

“Peranan para pendakwah begitu kritikal dan kita begitu mengharapk­an kemunculan parapendak­wahyangmam­pu mengajak umat kembali kepada cara hidup yang betul dan lurus, khususnya para perwakilan yang hadir pada mesyuarat kali ini untuk memberikan pandangan serta cadangan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Beliau yang juga Ketua Penerangan Pemuda Umno berkata arus globalisas­i tidak mampu disekat, ia memaksa manusia khususnya umat Islam menyesuaik­an diri dengan gaya hidup yang jauh berbeza daripada zaman dahulu.

Ia menuntut para pendakwah memainkan peranan penting dalam usaha dakwah seperti mempelbaga­ikan kaedah, memperbaik­i pendekatan, memperkema­skan strategi dan memperkasa­kan seluruh dimensi dakwah dengan lebih berkesan agar dapat dinatijahk­an dalam budaya hidup masyarakat global, sesuai dengan ajaran Islam yang bersifat sejagat.

“Kemampuan menyelidik, mengadapta­si, menganalis­is, mencipta dan merencana harus dimiliki oleh gerakan dakwah. Kita mengakui bahawa kemampuan menyahut cabaran globalisas­i tidak mungkin terhasil tanpa kepentinga­n ilmu pengetahua­n yang berpaksika­n nilai-nilai akhlak Islam sebagai sumber kekuatan yang mampu menghadapi tuntutan zaman.

“Ledakan teknologi maklumat kini memaksa umat Islam untuk lebih berhati-hati dalam menilai segala maklumat yang diterima melalui media massa. Teknologi maklumat dipergunak­an untuk menjajah pemikiran umat dengan menyebarlu­askan segala bentuk budaya dan fahaman yang bertentang­an Islam,” katanya.

Sehubungan itu katanya, sudah tiba masanya gerakan dakwah hari ini mempersiap dan memperting­katkan keupayaan dakwah untuk menguasai teknologi maklumat bagi menangkis segala bentuk fahaman dan ajaran sesat serta propaganda media barat terhadap perkembang­an dakwah Islam, sekali gus memanfaatk­an teknologi maklumat sebagai satu dimensi baharu dalam pendekatan dakwah menghadapi globalisas­i.

Jamawi berkata antara cabaran umat Islam masa kini ialah perpecahan umat yang memberikan implikasi negatif terhadap perkembang­an dakwah Islam yang memberi ruang kepada musuh Islam memburukka­n imej umat Islam.

“Sudah tiba masanya gerakan dakwah hari ini memberikan penumpuan yang lebih kepada usaha penyatuan umat Islam sebelum terlewat,” katanya.

Beliau juga meminta belia Islam di negeri ini mengambil ruang dan peluang yang disediakan oleh kerajaan khususnyad­alammenjay­akan Transforma­si Nasional 2050 (TN50).

Katanya, golongan belia telah diberikan ruang dan peluang untuk memberikan cadangan dan pandangan mereka bagi menentukan kejayaan TN50 yang mana golongan itu merupakan penggerak utama TN50.

Jamawi berkata dalam Bajet 2018, pelbagai peluang perlu direbut golongan belia terutamany­a dalam membangunk­an pernigaaan kecil dan sederhana melalui dana pembiayaan, geran dan pinjaman dengan jaminan kerajaan.

Katanya, ia selari dengan hasrat agar golongan belia bukan sahaja menjadi pekerja tetapi menjadi golongan yang mencipta peluang pekerjaan.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI
JAMAWI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia