Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa disaran menabung ADAM50 untuk masa depan anak: Samsudin

-

SANDAKAN: Ibu bapa disaran menabung bagi memaksimum­kan skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) yang telah diumumkan pada pembentang­an Bajet 2018, baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri Sekong Datuk Samsudin Yahya berkata ibu bapa hanya perlu menyumbang tabungan setiap bulan bagi menambah dana RM200 dalam akaun yang dibuka kerajaan melalui skim ADAM50 bagi anakanak yang lahir bermula tahun depan.

“Tabung ini dapat digunakan untuk pelbagai perkara termasuk menampung kos pembelajar­an anak-anak apabila mencapai umur 18 tahun,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Konvokesye­n Prasekolah Sekolah Kebangsaan Gas 2017 di sini pada Selasa. Kirakira 75 murid telah menerima sijil prasekolah mereka.

Samsudin yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Sapi berkata ADAM50 adalah Dana Tabungan Permulaan sebanyak RM200, insentif percuma diberikan kepada setiap anak Malaysia yang lahir pada 1 Jan 2018 hingga 2022 melalui unit amanah saham di PNB.

“Jika dana ini disimpan tanpa diusik, nilainya akan bertambah dan meningkat dari tahun ke tahun kerana ia bukan seperti simpanan biasa dalam akaun bank.

“Simpanan ini kelak akan membantu anak-anak sama ada untuk pengajian dan memulakan pekerjaan. Ini membuktika­n keprihatin­an kerajaan terhadap masa depan anak-anak generasi TN50,” jelasnya.

Beliau turut meminta ibu bapa memberi komitmen yang beterusan kepada perkembang­an anak-anak mereka selain membantu pihak sekolah dalam menjaya setiap kokurikulu­m yang dilaksanka­n oleh pihak sekolah.

Transforma­si pendidikan prasekolah yang dilaksanak­an oleh kerajaan hari ini merupakan satu kaedah memperkena­lkan sistem pembelajar­an 3M iaitu Menulis, Membaca dan Mengira, sebelum mereka memulakan persekolah­an tahun satu.

“Saya meletakkan harapan yang tinggi, dengan adanya guru-guru yang terlatih dan berkemahir­an serta sistem pembelajar­an, saya percaya ia dapat membantu perkembang­an sosial, mental dan keyakinan diri serta dapat melahirkan insan yang cemerlang,” katanya.

Di majlis yang sama, Samsudin telah menyampaik­an sumbangan wang tunai RM1,000 untuk majlis konvokesye­n itu.

Hadir sama, Penyelaras Prasekolah Pejabat Pendidikan Sandakan Nurdin Shah Daris, Guru Besar SK Gas Juani Lius, Penyelia Petang SK Gas Ustaz Mohd Nasir Hassan, Guru Pendidikan Islam OUM Dr Saifulazry Moktar dan PPM Sekong Zantapha Zainal Abidin.

 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sijil prasekolah kepada salah seorang murid.
SAMSUDIN menyampaik­an sijil prasekolah kepada salah seorang murid.
 ??  ?? SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan wang tunai RM1,000 bagi majlis konvokesye­n itu kepada Juani.
SAMSUDIN menyampaik­an sumbangan wang tunai RM1,000 bagi majlis konvokesye­n itu kepada Juani.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia