Utusan Borneo (Sabah)

Persatuan belia akar umbi perlu aktif anjur aktiviti

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

TUNGKU: Siri kedua Program Sehari Bersukan Sempena Jelajah Belia Sihat berjaya menghimpun kirakira 200 penduduk Kampung Telisai dan sekitarnya, di sini pada Ahad.

Kg Telisai yang menjadi naib johan Pertanding­an Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan dikunjungi belia dari Kg Dengan, Mundas, Mesej Nala dan Membatu bagi menjayakan program itu.

Pegawai Belia dan Sukan Negeri Sabah (KBSS) Lahad Datu Irwan Iskandar berkata program itu diadakan untuk mencapai matlamat mengaktifk­an persatuan belia dalam aktiviti kesukanan dan kemasyarak­atan.

Menurutnya, masyarakat di peringkat kampung terutamany­a belia perlu mentransfo­rmasikan minda dan diri mereka agar mampu menyahut cabaran pembanguna­n.

“Beliadiper­ingkatkamp­ung perlu terus dibudayaka­n dengan pelbagai program dan aktiviti yang memberi impak kepada kemandiria­n mereka,” katanya.

Pada majlis perasmian, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Dewan Undangan Negeri Tungku Abdul Momen Angchai berkata belia hari ini bertuah kerana kerajaan melalui KBS dan agensi kerajaan memberi galakan dalam pembanguna­n golongan itu.

Menurutnya galakan itu perlu dimanfaatk­an demi memenuhi aspirasi Transforma­si Nasional 2050 (TN50) seterusnya menjadi pemimpin yang berkaliber.

Katanya, masyarakat juga perlu menyokong usaha pembanguna­n belia dalam semuaaspek­demimemast­ikan pengisian budaya dan tradisi setempat diwarisi mereka.

“Demikian juga pengisian kerohanian dan didikan agama yang secukupnya agar belia dapat menjadi insan berkepimpi­nan sejajar dengan ajaran agama,” katanya.

Antara acara yang diadakan ialah pertanding­an mewarna, boling kelapa, tiup belon, permainan bola sepak kampung dan gasing.

Turut hadir, Ketua Daerah Kamaruddin Hamid dan Pegawai Kemajuan Masyarakat Sabtu Susulan.

 ??  ?? MOMEN menyempurn­akan gimik perasmian.
MOMEN menyempurn­akan gimik perasmian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia