Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Kundasang puji keprihatin­an wakil rakyat

- Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Rakyat di DUN Kundasang berterima kasih dan memuji keprihatin­an wakil rakyat mereka, Datuk DrJoachimG­unsalam,kerana kerap turun padang melihat dan memantau permasalah­an penduduk.

Pengerusi PDM Perancanga­n Ranau Junis Sabut berkata Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan itu juga menyalurka­n peruntukan projek pembanguna­n selain menyampaik­an sumbangan dalam bentuk barangan keperluan kepada rakyat yang memerlukan.

“Dr.Joachim turut menemui rakyat akar umbi di seluruh pelosok DUN Kundasang yang disifatkan amat bertepatan dengan keadaan politik semasa, terutama dalam memantapka­n jentera parti setiap Pusat Daerah Mengundi (PDM) di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau mengajak penduduk agar terus memantapka­n sokongan kepada kerajaan menerusi kepimpinan wakil rakyat mereka.

Sementara itu, Joachim mengingatk­an penduduk supaya tidak mudah terpengaru­h dengan tohmahan golongan tertentu yang sengaja memperkeci­lkecikan keupayaan kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Rakyat harus bijak menangkis tohmahan tidak berasasyan­gdilempark­anoleh golongan tertentu menerusi media sosial yang bertujuan cuba meracuni pemikiran rakyat untuk membenci kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Program Pemantapan JKKK dan Ketua Kampung PDM Pinawanti, DUN Kundasang anjuran Yayasan SabahZonPa­ntaiBaratS­elatan bersama Unit Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat (UPPM) Kundasang.

Joachim memberi jaminan bahawa BN sentiasa berlaku adil dan tetap memberikan bantuan kepada rakyat tanpa memilih lokasi sama ada kawasan penyokong kerajaan atau pembangkan­g.

“Ini janji kita... janji BN tidak memilih suku kaum, agama dan ideologi politik. Kita melaksanak­an apa sahaja projek yang memberi manfaat kepada rakyat,” katanya.

Sempenamaj­lisitu,Joachim menyerahka­n sebuah mesin pemotong rumput kepada Kg Singgaron dan sebuah kerusi roda kepada salah seorang pesakit lumpuh di Kg Tibabar, Duasa Bandawi.

 ??  ?? JOACHIM (kanan) menyampaik­an sebuah mesin pemotong rumput kepada wakil penduduk Kg Singgaron.
JOACHIM (kanan) menyampaik­an sebuah mesin pemotong rumput kepada wakil penduduk Kg Singgaron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia