Utusan Borneo (Sabah)

Sedia hadapi tengkujuh

21,188 anggota sedia dikerah hadapi kemungkina­n banjir; Monsun Timur Laut bermula Selasa hingga Mac tahun depan

-

KUCHING: Seramai 21,188 anggota dan kakitangan daripada tujuh agensi dan jabatan sedia dikerah untuk menghadapi musim Monsun Timur Laut yang bermula semalam hingga Mac tahun depan.

Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, ia bagi menghadapi kemungkina­n banjir kerana pada musim Monsun Timur Laut, hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibat­kan kawasan rendah dan cenderung banjir dinaiki air.

“Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang (besar), risiko banjir akan menjadi lebih buruk,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri di Bilik Gerakan Negeri di Wisma Bapa Malaysia di sini, pada Selasa.

Hadir sama Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurut Uggah, anggota dan kakitangan yang akan dikerah adalah daripada tentera (7,192 orang), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (5,000), bomba (3,281), polis (2,469), Rela (1,089), Jabatan Kebajikan Masyarakat (1,087) dan Jabatan Kesihatan (1,070).

Beliau menambah, jumlah petugas jentera pengurusan bencana itu juga lebih ramai berbanding 17,097 orang pada tahun lepas.

Dalam pada itu, Uggah berkata sebanyak lima helikopter, 197 lori, 325 kenderaan pacuan empat roda, 280 bot dan 50 ambulans dari pelbagai jabatan dan agensi juga disediakan.

Katanya, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga membuat persediaan untuk membuka sebanyak 610 pusat pemindahan di seluruh negeri.

“Seramai 165 pembekal logistik dilantik dan untuk mencapai masa respons yang terbaik, pembekalan logistik akan disimpan di 12 Pangkalan Hadapan di tempattemp­at strategik dan tiga stor/depo utama yang terletak di Kuching, Samarahan dan Miri,” jelasnya.

Pada masa sama, Uggah berkata, semua residen juga bersiap siaga dan bilik gerakan banjir di semua bahagian diaktifkan pada bila-bila masa.

Selain itu, beliau berkata, cuti pegawai-pegawai agensi di bawah Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri turut dibekukan berkuat kuasa serta-merta.

“Hujan berterusan untuk tempoh sehingga tiga hari boleh mengakibat­kan kawasan rendah dan cenderung banjir dinaiki air. Sekiranya hujan lebat berlaku serentak dengan kejadian air pasang (besar), ” risiko banjir akan menjadi lebih buruk. DATUK AMAR DOUGLAS UGGAH EMBAS Pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri

 ??  ?? UGGAH (duduk, tengah) bersama Fatimah (duduk, kiri) dan ketua-ketua agensi pada sidang media persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut di Wisma Bapa Malaysia, Petra jaya.
UGGAH (duduk, tengah) bersama Fatimah (duduk, kiri) dan ketua-ketua agensi pada sidang media persiapan menghadapi musim Monsun Timur Laut di Wisma Bapa Malaysia, Petra jaya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia