Utusan Borneo (Sabah)

Rakyat Tonga pilih k’jaan baharu

-

NUKU’ALOFA: Rakyat Tonga mengundi pada hari ini selepas raja negara Pasifik itu mengambil langkah luar biasa membubarka­n parlimen dan mengumumka­n pilihan raya.

Raja Tupou VI tidak pernah menjelaska­n mengapa beliau secara dramatik campur tangan dalam politik negara pulau itu Ogos lalu dan memecat Akilisi Pohiva, rakyat biasa pertama yang menjadi perdana menteri.

Namun ramai berharap pilihan raya itu dapat membantu menyegarka­n semulaeksp­erimentert­angguh negara kecil itu dengan demokrasi, yang mencetuska­n pergaduhan dalaman dan keadaan tidak stabil di bawah Pohiva.

Tonga, dengan 60,000 pengundi daripada populasi hanya 110,000, mempunyai parlimen 26 kerusi dengan 17 ahli dipilih rakyat dan sembilan tempat diambil golongan bangsawan.

Hak mengundi dilanjutka­n pada 2010 ekoran rusuhan di ibu negara Nuku’alofa empat tahun sebelum itu yang mengorbank­an lapan orang, dicetuskan oleh kemarahan bahawa pembaharua­n kepada sistem politik separa feudal bergerak terlalu perlahan.

Pohiva, bekas aktivis prodemokra­si terkemuka, dikritik hebat kerana gagal menyesuaik­an diri dengan kepimpinan selepas dipilih pada 2014.

Setelah Pohiva dipecat Ogos lalu, speaker parlimen Lord Tu’ivakano berkata, perdana menteri cuba menceroboh­i kuasa raja.

Beliau juga berkata, Pohiva membuang masa parlimen dengan usul pendakwaan yang remeh-temeh.

Kempen pilihan raya pada tahun ini berjalan dengan aman dan ketua Majlis Media Tonga Pisi Fonua berkata pengundi memberi tumpuan kepada isu-isu tempatan.

“Mereka lebih melihat keperluan segera seperti bekalan air, jalan raya atau lampu jalan yang lebih baik.

“Isu lebih serius seperti pekerjaan dan perkara seperti itu kelihatan berada pada lembaran seterusnya,” katanya kepada Radio New Zealand. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia