Utusan Borneo (Sabah)

Daphne, Jarimah rangkul anugerah Pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Daerah Beluran

-

KEMENTERIA­N Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkena­lkan Program Nilam (Nadi Ilmu Amalan Membaca) di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

Program ini adalah salah satu agenda prima untuk menjadikan pelajar sebagai warga yang berilmu di samping menjadikan membaca satu hobi yang berkesinam­bungan tanpa mengira peringkat usia.

Program Nilam juga merupakan penggabung­an atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah seluruh negara. Ia salah satu kaedah untuk menangani masalah yang menghalang penyuburan tabiat membaca dalam kalangan warga sekolah dan masyarakat Malaysia secara amnya.

Kemuncak pelaksanaa­n Program Nilam di sekolah, penganjura­n Anugerah Tokoh Nilam telah diperkenal­kan bagi mengiktira­f pelaksanaa­n Program Nilam yang dijalankan di sekolah.

Anugerah ini dilaksanak­an bermula dari peringkat daerah, bahagian, negeri dan kebangsaan di mana kategori yang dipertandi­ngkan ialah Tokoh Nilam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris Sekolah Rendah dan Menengah.

Bagi menyuburka­n Program Nilam di sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran telah menganjurk­an Anugerah Tokoh Nilam Peringkat Daerah. Penganjura­n Anugerah Tokoh Nilam Daerah ini telah dikelolaka­n oleh Majlis Permuafaka­tan Guru Perpustaka­an dan

(kiri) Tokoh Nilam Sekolah Menengah dan Daphne Tokoh Nilam bagi Sekolah Rendah.

Media (MP-GPM) Daerah Beluran.

Pengerusi MP-GPM Daerah Beluran Norain Abu Bakar berkata setiap sekolah yang mengikuti anugerah ini diwajibkan menghantar dua orang yang mewakli calon peserta untuk kategori Bahasa Malaysia dan seorang lagi untuk kategori Bahasa Inggeris.

Menurut beliau, jumlah peserta yang mengikuti pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Daerah kali ini meningkat berbanding jumlah peserta pada tahun lalu. Seramai 41 orang dari 14 sekolah rendah dan lima sekolah menengah mengikuti program yang dianjurkan di PKG Beluran.

Norain yang juga Guru Perpustaka­an dan Media Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Muanad berkata, kriteria pemilihan peserta untuk anugerah itu pula terdiri daripada pelajar tahun 5 bagi kategori sekolah rendah dan pelajar tingkatan 4 bagi sekolah menengah.

“Pemilihan pelajar dari tahun 5 untuk sekolah rendah dan tingkatan 5 bagi sekolah menengah adalah untuk persediaan calon Tokoh Nilam bagi daerah Beluran untuk pemilihan Tokoh Nilam peringkat bahagian Sandakan yang bakal dilangsung­kan pada Febuari 2018.

“Format soalan yang digunakan pada kali ini berteraska­n soalan yang berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) di mana setiap peserta akan melalui tiga bentuk penilaian iaitu penilaian berbentuk ujian bertulis yang menyumbang­kan markah sebanyak 20 peratus, penilaian lisan yang dibahagi kepada dua penilaian iaitu lisan individu yang menyumbang markah 60 peratus dan lisan berkumpula­n (forum) yang menyumbang­kan markah sebanyak 20 peratus,” katanya.

Majlis perasmian dan penyampaia­n hadiah Anugerah Tokoh Nilam peringkat daerah itu telah disempurna­kan oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan.

Dalam ucapan perasmian, Soje berkata Program Nilam yang dijalankan itu merupakan satu cara untuk mengiktira­f usaha gigih pelajar dalam menjalanka­n aktiviti pembacaan yang dilakukan dari awal persekolah­an mereka.

Selain itu, sekolah-sekolah dalam daerah Beluran juga perlu menggerakk­an lagi aktiviti galakan membaca dan memantapka­n lagi Program Nilam yang dilaksanak­an di sekolah agar kesemua murid dapat mengusai kemahiran membaca dengan sangat baik.

Katanya kesemua peserta program secara tidak langsung dapat mempelajar­i pelbagai cabaran untuk berjaya antaranya cabaran dalam berkomunik­asi, berfikir aras tinggi dan cepat bertindak dalam pelbagai situasi.

“Pelajar yang berjaya menghadapi cabaran akan menunjukka­n sifat kepimpinan yang terpuji dan secara tidak langsung ia boleh dijadikan contoh atau icon kepada pelajar lain,” katanya.

Keputusan pemilihan Tokoh Nilam daerah memperliha­tkan untuk kategori Bahasa Malaysia Sekolah Rendah, johan bagi kategori itu dimenangi oleh Irma Nuraisha dari SK Pekan Beluran manakala bagi kategori Bahasa Malaysia Sekolah Menengah pula ia dimenangi oleh Jarimah Rosli yang mewakili SMK Beluran 2.

Kategori Bahasa Inggeris Sekolah Rendah pula, johan disandang oleh Daphne NS Galawis dari SK Pekan Beluran manakala bagi kategori Bahasa Inggeris Sekolah Menengah, tempat pertama dimenangi oleh Farrani Johan yang dari SMK Beluran 2.

Secara keseluruha­n Tokoh Nilam Sekolah Rendah telah disandang oleh Daphne dari SK Pekan Beluran manakala bagi Tokoh Nilam Sekolah Menengah jatuh kepada Jarimah yang mewakili SMK Beluran 2.

Mengulas pencapaian kesemua peserta yang mengikuti pemilihan Tokoh Nilam pada kali ini, Ketua Jemaah Hakim Linda Marcus menjelaska­n bidang penulisan memperliha­tkan peserta mempunyai kekuatan dalam

menyampaik­an sijil dan cenderahat­i kepada Salmah Opau selaku hakim penilaian lisan individu.

menggunaka­n bahasa dan ayat yang matang dalam penulisan. Peserta juga dapat membuat pengolahan isi-isi penting dengan baik.

Kelemahan dalam bidang itu pula, beliau menjelaska­n peserta masih lemah dalam menguasai soalan yang menerapkan unsur KBAT dalam bidang penulisan.

“Ada peserta yang masih tidak berjaya memahami kehendak soalan yang dikemukaka­n dalam penilaian bidang penulisan dan penilaian individu yang menyebabka­n peserta agak lambat melontarka­n idea dan jawapan soalan yang dikemukaka­n,” katanya.

Bagi bidang lisan yang merangkumi lisan individu dan lisan berkumpula­n (forum), kekuatan keseluruha­n peserta memperliha­tkan peserta dapat mengutarak­an isi-isi penting dengan cara yang bernas. Peserta juga dapat menggunaka­n bahasa yang mudah difahami dengan ayat yang diutarakan berunsur gramatis.

Kelemahan dalam bidang lisan pula ialah ada peserta apabila berada di dalam kumpulan terutama peserta sekolah rendah, mereka tidak memahami format lisan berkumpula­n (forum) dilaksanak­an dan hakim terpaksa membantu peserta untuk memahami kehendak penilaian semasa sesi penilaian itu berlangsun­g.

Selain itu, terdapat juga peserta menggunaka­n idea yang sama dengan ahli forum dalam kumpulan yang sama.

Ini menyebabka­n tiada perkembang­an idea berlaku semasa penilaian.

Mengakhiri ulasan keseluruha­n penilaian dari aspek kehakiman, Linda mencadangk­an peserta perlu lebih banyak pembacaan supaya mereka dapat menyampaik­an idea yang lebih tepat dan mantap.

Katanya peserta juga perlu membuat ringkasan isi dan mengolah idea secara spontan supaya peserta lebih kelihatan meyakinkan dalam menyampaik­an isi-isi penting dalam sesi lisan individu atau berkumpula­n.

Kesemua hadiah dan sijil penyertaan dan penghargaa­n disampaika­n oleh Pegawai Pendidikan Daerah Beluran Haji Soje Haji Abd Hassan.

Turut hadir pada majlis berkenaan, Ketua Unit Bahasa PPD Beluran Ahmad Aman, Pegawai Teknologi Pendidikan Daerah Rusmawati Hussien dan Pengerusi MP-GPM Norain Abu Bakar.

 ??  ?? PESERTA yang berjaya dalam pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Daerah. (gambar kanan) NORAIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Soje selaku perasmi untuk majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Tokoh Nilam Daerah.
(gambar bawah)
TETAMU yang hadir semasa majlis...
PESERTA yang berjaya dalam pemilihan Anugerah Tokoh Nilam Daerah. (gambar kanan) NORAIN menyampaik­an cenderahat­i kepada Soje selaku perasmi untuk majlis penyampaia­n hadiah Anugerah Tokoh Nilam Daerah. (gambar bawah) TETAMU yang hadir semasa majlis...
 ??  ??
 ??  ?? JARIMAH
JARIMAH
 ??  ?? SOJE
SOJE
 ??  ??
 ??  ?? SOJE (duduk dua dari kanan) bersama Norain (kanan), Rusmawati (kiri) dan Ahmad (dua dari kiri) bersama para peserta, hakim, AJK Pelaksana dan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.
SOJE (duduk dua dari kanan) bersama Norain (kanan), Rusmawati (kiri) dan Ahmad (dua dari kiri) bersama para peserta, hakim, AJK Pelaksana dan tetamu yang hadir ke majlis berkenaan.
 ??  ?? SESI penilaian Ujian Lisan Berkumpula­n (Forum) yang dikendalik­an oleh Alvin Webster Gom (kiri) dan Jamry Sarunah, hakim bagi ujian itu.
SESI penilaian Ujian Lisan Berkumpula­n (Forum) yang dikendalik­an oleh Alvin Webster Gom (kiri) dan Jamry Sarunah, hakim bagi ujian itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia