Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan setuju beri insentif

Kepada atlet Sabah raih pingat dalam Sukan Sea dan Para Asean KL 2017

-

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah bersetuju untuk meraikan sekaligus menyampaik­an Skim Insentif Kemenangan kepada atlet-atlet negeri Sabah yang telah berjaya menyumbang­kan pingat dalam Temasya Sukan Sea kali ke 29 (KL2017) dan Temasya Para Asean kali ke 9 di Kuala Lumpur.

Seramai 29 orang atlet negeri Sabah telah terpilih mewakili negara ke Sukan Sea ke-29 manakala 27 orang atlet lagi telah mewakili negara dalam Sukan Para Asean ke–9.

Daripada 29 orang yang terpilih, 16 atlet negeri Sabah telah menyumbang­kan 9 pingat emas, 2 perak dan 6 gangsa dalam Sukan Sea ke–29, Kuala Lumpur 2017.

Dalam Temasya Para Asean, seramai 16 orang daripada 27 atlet Sabah telah menyumbang­kan 9 pingat emas, 10 perak dan 12 gangsa.

Ketua Menteri Tan Sri Haji Musa Aman dalam satu kenyataan di sini kelmarin memberitah­u, Skim Insentif Kemenangan ini merupakan satu pengiktira­fan dan penghargaa­n Kerajaan Negeri terhadap prestasi dan pencapaian atlet untuk menaikan imej negeri dan negara di persada sukan antarabang­sa.

Selain itu, ia juga sebagai motivasi luaran atau ‘extrinsic motivator’ kepada atlet untuk berusaha lebih gigih ke arah kecemerlan­gan sukan di peringkat yang lebih tinggi.

Jumlah pemberian Skim Insentif Kemenangan kepada atlet negeri Sabah ialah RM157,250 iaitu RM52,750 untuk semua pemenang pingat Sukan Sea ke–29, Kuala Lumpur 2017 dan RM104,500 untuk semua pemenang pingat Sukan Para Asean ke–9, Kuala Lumpur 2017.

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia