Utusan Borneo (Sabah)

Tekanan STA atasi masalah gelanggang di Likas

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) terus mendapat tekanan dari para pemain dan ibu bapa berkenaan keadaan gelanggang di Pusat Tenis, Kompleks Sukan Kota Kinabalu (KSKK), Likas.

Tinjauan pada Rabu mendapati, keadaan gelanggang yang rosak bukan sahaja tidak sesuai untuk latihan tetapi juga mampu mengundang kecederaan khususnya para pemain muda yang berlatih setiap hari.

Beberapa jurulatih yang ditemui juga melahirkan rasa kesal mereka dan berharap STA dapat meminta pihak berwajib atau mencari jalan lain untuk mengatasi keadaan yang amat membimbang­kan itu.

Salah seorang pengguna Edmund Jaikul berkata, kali terakhir permukaan gelanggang itu dibaikpuli­h ialah semasa era mantan Menteri Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Peter Pang En Yin, lebih lapan tahun yang lalu.

“Itu pun hanya dua dari 13 gelanggang berkenaan dibaikpuli­h. Yang lainnya telah dibaikpuli­h semasa Sabah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (Sukma) pada tahun 2002, iaitu 15 tahun yang lalu.

“Keadaan ini memang amat menyedihka­n. Sepatutnya keadaan ini mendapat perhatian serius dari semua pihak termasuk KBSS dan Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS), kerana faktor kecederaan mungkin akan memadam masa depan seseorang pemain itu, dan lebih merugikan lagi jika pemain yang terlibat itu merupakan pemain negeri atau pemain remaja berbakat,” jelas beliau.

“Saya melihat dan kita semua maklum bahawa

sedang meninjau keadaan gelanggang yang berada dalam keadaan yang teruk dan tidak selamat untuk digunakan di Pusat Tenis, KSKK Likas pada Rabu.

pembanguna­n tenis Sabah telah berada pada satu tahap yang boleh dibanggaka­n, bukan sahaja memenangi pingat emas pertama di Sukma, tetapi kita juga memiliki pemain remaja ternama di rantau Asia ini.

“Jadi kenapa keadaan gelanggang seperti ini dibiarkan begitu sahaja? Takkan menunggu ada pemain yang cedera baru pihak yang bertanggun­gjawab kelam-kabut membaikiny­a?,” tambah Edmund penuh kecewa.

Dalam pada itu, presiden STA Johnson ketika dihubungi berkata, pihak persatuan itu telah banyak kali menulis permohonan peruntukan dari KBSS dan LSNS untuk membaikpul­ih gelanggang yang terjejas teruk berkenaan.

“Lima tahun yang lalu STA telah memohon untuk membaikpul­ih permukaan dan membina bumbung gelanggang.

“STA merasa sangat bertuah kerana empat gelanggang di Pusat Tenis KSKK ini telah dibina dengan bumbung yang mana siap dan digunakan sejak tahun lalu.

“Kewujudan gelanggang berbumbung bukan sahaja memberi keselesaan penganjura­n pertanding­an, tetapi juga para pemain dan ibu bapa pemain tidak lagi perlu risau bermain dan berlatih di bawah matahari terik atau hujan,” jelas Johnson.

“Bagaimanap­un, hanya bumbung gelanggang dibina, tetapi tiada peruntukan untuk membaiki permukaan gelanggang menyebabka­n terdapat beberapa lubang agak dalam yang mana boleh mengganggu pergerakan pemain dan juga bola. Keadaan ini juga boleh mengundang kecederaan dan sangat merbahaya,” akui Johnson.

“Tahun ini STA dibantu oleh wakil rakyat Luyang, Datuk Dr. Hiew King Cheu telah bertemu dengan Ketua Menteri Sabah.

“Ketua Menteri telah merujuk kembali pada KBSS yang mana kemudianny­a memohon peruntukan dari Kementeria­n Kewangan tetapi peruntukan yang terhad tidak memberi berita gembira untuk STA kerana kemudahan di lima daerah lain juga memerlukan pembaikan.

“Antara kemudahan yang lebih memerlukan pembaikan segera ialah gelanggang tenis di Kompleks Sukan Keningau,” katanya lagi.

“Melihat perkara ini, saya telah bertemu semula dengan Datuk Hiew meminta bantuan di bawah Peruntukan Wakil Rakyat Luyang serta berusaha untuk bertemu semula dengan Ketua Menteri untuk meminta peruntukan khas berhubung perkara ini.

“STA telah memberi semua maklumat serta gambar berhubungi isu ini kepada Hiew, di mana Hiew sendiri telah meninjau keadaan gelanggang berkenaan semasa kerja-kerja membina bumbung selesai.

“STA berharap masyarakat khususnya pengguna Pusat Tenis KSKK maklum bahawa persatuan ini telah melakukan usaha-usahayangp­erludengan bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini.

“Mari kita sama-sama berharap usaha terakhir kita melalui Datuk Hiew akan membuahkan hasil,” tambah Johnson sambil berharap semua pemain serta ibu bapa dan jurulatih dapat bersabar sambil menantikan maklumbala­s positif dari pihak kerajaan.

 ??  ?? EDMUND
EDMUND
 ??  ?? KEADAAN antara gelanggang di Pusat Tenis, KSKK Likas yang terjejas teruk.
KEADAAN antara gelanggang di Pusat Tenis, KSKK Likas yang terjejas teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia