Utusan Borneo (Sabah)

Enam lagi pasukan mara

Ke pusingan kalah mati Bola sepak Piala Datuk Tawfiq 2017

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Enam lagi pasukan sertai senarai ke pusingan kalah mati 16 pasukan terakhir Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan 2017 hasil keputusan lapan perlawanan penghujung minggu lalu.

Pasukan baru layak ke pusingan kalah mati itu terdiri daripada The Blues FC dari Kumpulan B, Juta FC, Simfield FC, Terra Queen FC (Kumpulan C), Darau FC dan Kelab Reka DBKK (Kumpulan E).

Perlawanan yang berlangsun­g di padang sintetik Kompleks Sukan Kota Kinabalu itu menyaksika­n The Blues menang 6-2 ke atas RMP FC, Juta menang 5-0 ke atas EMD FT, Simfield dan Terra seri 1-1 dan Darau menang 2-1 ke atas Kudat Cool FC.

Keputusan perlawanan lain menyaksika­n Racing Athletic FC menang 3-1 ke atas Likas United FC II, AMV FC menang 63 Kapazan Real Junior, Barracuda FC menan 4-3 ke atas Adisson FC dan Unida FC seri 1-1 dengan Teambau FC.

Tempat ke pusingan kalah mati diperuntuk­kan kepada tiga pasukan teratas setiap kumpulan dan satu pasukan tempat keempat terbaik.

Setakat ini, tempat ke pusingan kalah mati itu telah diisi 14 pasukan.

Lapan pasukan terdahulu yang telah mengesahka­n tempat adalah Putra, Unida, Racing, Likas, AMV, Barracuda, Adisson dan Teambau.

Baki dua tempat ke pusingan kalah mati hanya akan diketahui selepas perlawanan peringkat kumpulanse­lesaipengh­ujung minggu ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia