Utusan Borneo (Sabah)

Merentas Desa SMK Pantai cungkil bakat

-

LABUAN: SMK Pantai IB World School, Wilayah Persekutua­n Labuan telah mengadakan acara Merentas Desa sejauh 5.5 kilometer, baru-baru ini.

Acara itu diadakan bagi mencungkil bakat murid-murid di samping mendorong mereka melakukan aktiviti sihat dengan konsep ‘Badan sihat otak cergas’ sebagai pemangkin kecemerlan­gan akademik murid sekolah ini.

Pengetua SMK Pantai Sahar Misron berkata, acara itu melibatkan hampir 650 murid Tingkatan 1, 2, 3 dan 4.

Empat kategori dipertandi­ngkan iaitu Lelaki 15 dan Lelaki 18 serta Perempuan 15 dan Perempuan 18.

Selain mencungkil bakat murid dalam acara larian, program ini juga sebagai medan memilih atlet untuk pertanding­an peringkat negeri dan peringkat kebangsaan tahun 2018.

Pelepasan peserta disempurna­kan oleh Pengetua SMK Pantai IB World School Sahar Misron bersama Penolong Kanan Kokurikulu­m Wan Azman Wan Awang, dan Penolong Kanan HEM Wan Azmona Wan Mohamed.

Turut hadir guru-guru kanan mata pelajaran serta guru-guru sebagai Marshallny­a.

Sahar merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada PDRM dan Angkatan Pertahanan Awam serta Hospital Labuan yang menjaga keselamata­n peserta larian dan mengawal lalu-lintas serta bersedia menghadapi pelbagai kemungkina­n.

Sementara itu, Kamarul Ikhwan yang mencatat masa 21 minit 34 saat muncul juara bagi kategori Lelaki 18, kedua Mohd Danial Hakimi (26 minit 11 saat) dan Mohd Faizal Izwan menduduki tempat ketiga dengan masa 27 minit 05 saat.

Dengan catatan masa 40 minit 16 saat membolehka­n Siti Noor Hafiza Nazwa meraih tempat pertama kategori Perempuan 18, kedua Siti Raihanah (40.43) dan ketiga Anis Syazwanie (43.35).

Juara bagi kategori Perempuan1­5ialahSham­imi Sidi dengan masa 38 minit 20, kedua Syakirah Rahim (45.02) dan ketiga Siti Noor Handa (47.12).

Aiman Nazwan pula menduduki tempat pertama kategori Lelaki 15 selepas mencatat 26.46, kedua Khairil Azrul Siddiq (28.02) dan ketiga Rezzuan Rizal (29.09).

 ??  ?? MARSHALL bersama Sahar dan pentadbir SMK Pantai sebelum Larian Merentas Desa dimulakan.
MARSHALL bersama Sahar dan pentadbir SMK Pantai sebelum Larian Merentas Desa dimulakan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia