Utusan Borneo (Sabah)

The Three Lions pamer aksi memberangs­angkan

-

LONDON, England: Neymar dan rakan sepasukann­ya di Brazil diikat tanpa jaringan selepas aksi memberangs­angkan dari skuad muda England pada satu perlawanan persahabat­an antarabang­sa di Stadium Wembley Selasa lepas.

Jurulatih Brazil, Tite, menurunkan kesebelasa­n utama beliau tetapi walaupun dengan kehadiran pemain seperti Neymar, Gabriel Jesus dan Philippe Coutinho, mereka hanya menguji penjaga gol England, Joe Hart, sebanyak tiga kali.

Bagi England, yang sekali lagi tanpa utama seperti Harry Kane, Dele Alli dan Raheem Sterling kerana kecederaan, ia keputusan seri tanpa jaringan yang memberangs­angkan selepas mengikat juara dunia, Jerman pada perlawanan hari Jumaat.

Penyerang Liverpool, Dominic Solanke, membuat penampilan lewat untuk England, menjadikan beliau pemain keenam yang membuat penampilan sulung bersama England dalam dua perlawanan.

“Dari segi semangat, daya saing, ia seperti yang saya mahukan,” kata jurulatih England, Gareth Southgate.

“Kami bermain menentang dua pasukan terbaik di dunia dan mengelak pintu gol dari dibolosi, memberikan kami rentak untuk meneruskan persediaan.”

Bagi Brazil, keputusan seri itu menyebabka­n Tite perlu kembali mengatur strategi.

Brazil menang 13 dari 17 perlawanan sejak beliau mengambil alih pasukan pada Jun 2016 tetapi kegagalan mereka untuk menewaskan lawan yang terdiri dari skuad muda, membangkit­kan persoalan tentang peluang mereka memburu kejuaraan dunia yang keenam di Piala Dunia 2018 Rusia.

Walau bagaimanap­un, kehadiran penyokong Brazil yang menari dengan iringan gendang menceriaka­n suasana walaupun aksi dalam padang agak mengecewak­an.

Jesus menguji Hart dengan tandukan dari satu hantaran lintang Dai Alves pada minit ke-12 namun secara keseluruha­nnya, Brazil gagal melakukan serangan serius dengan dua cubaan Neymar melambung tinggi. Penjaga gol Brazil, Alisson, hanya diuji sekali sebelum rehat dan beliau juga tidak cemas dengan cubaan dari Marcus Rashford.

Ruben Loftus-Cheek, yang beraksi cemerlang pada penampilan sulung untuk England ketika menentang Jerman, hanya bermain selama 34 minit kerana kecederaan dan diganti oleh Jesse Lingard.

Brazil mencipta peluang terbaik mereka pada awal separuh masa kedua apabila Neymar mengumpan bola kepada Coutinho tetapi cubaan akhir dihadang oleh kaki Hart.

Pemain gantian Brazil, Fernandinh­o, juga mempunyai peluang ketika berbaki 14 minit permainan tetapi rembatan penyudahny­a tersasar.

Beberapa pertukaran pemain membuka ruang kepada Brazil tetapi England tetap bertahan dengan baik.

Ashley Young membuat penampilan pertama sejak empat tahun dan beliau menghadang cubaan Willian selain Hart menepis cubaan Roberto Firmino.

“Kami dalam pembinaan sebuah skuad dan Brazil kelihatan seperti sudah sebuah skuad yang sebenar. Mereka adalah pasukan yang sudah dikenali dan hebat,” kata Southgate.

“Kami hanya kurang sedikit pengalaman tetapi kami boleh berasa gembira dan yakin dengan apa yang kami lakukan.

“Saya fikir dan berharap penyokong melihat pemain muda ini memberikan segala-galanya dan telah bermain dengan rasa bangga dan penuh semangat.” — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? NEYMAR (dua kanan) gagal melepasi kawalan ketat pemain pertahanan England pada pertembung­an di Wembley, London Selasa lepas.
— Gambar Reuters NEYMAR (dua kanan) gagal melepasi kawalan ketat pemain pertahanan England pada pertembung­an di Wembley, London Selasa lepas.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia