Utusan Borneo (Sabah)

Keindahan memukau hidupan marin dasar laut

Tanggapan negatif berubah setelah bergelar penyelam

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KAGUM! Itu ungkapan yang menggambar­kan perasaan Olivia Jessica Peter, 30, apabila menyelam di dasar laut. Pengamal media yang memperoleh lesen Open Water Diver (OWD) melalui Program Voluntouri­sm: Volunshari­ng bersama

Media pada 2016 ini merasa terpesona apabila melihat keindahan hidupan di dasar laut.

“Siapa sangka manusia juga boleh bernafas di dasar laut seperti ikan. Hanya dengan menggunaka­n peralatan selaman, kita boleh bernafas seperti biasa dalam air. Saya merasa kagum dengan keadaan itu,” katanya ketika berkongsi pengalaman menyertai Kempen End In Sipadan.

Kempen berkenaan bermula pada Disember 2016 dan berakhir pada 6 November lalu.

Kempen itu adalah anjuran bersama Kementeria­n Pelanconga­n & Kebudayaan cawangan Sabah dan Persatuan Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA).

Sebelum ini, Olivia mempunyai tanggapan negatif terhadap aktiviti menyelam. Dia merasakan aktiviti menyelam hanya membazir wang.

Aktiviti itu juga dianggap kurang sihat dan bersih kerana penyelam perlu berkongsi alatan mulut dan baju selaman (wet

suit). Malah penyelam juga berkemungk­inan terminum air laut yang tercemar.

Begitulah persepsi awal pengamal media yang bertugas di New Straits Times Sabah ini.

Bagaimanap­un, setelah merasai sendiri pengalaman berada di dasar laut, segala tanggapan negatif itu berubah.

Menurutnya pengalaman berada di dasar laut tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata. Kecantikan batu karang dan hidupan laut yang pelbagai begitu menakjubka­n.

“Apabila melihat betapa indahnya khazanah laut kita, saya merasa berbaloi untuk kotor ketika menyelam. Saya tidak lagi menganggap aktiviti selaman sebagai aktiviti yang kurang bersih,” jelasnya.

Penyertaan­nya dalam Kempen End In Sipadan membuka mata dan mindanya bahawa aktiviti itu bukanlah seperti yang dibayangka­n sebelum ini.

Penglibata­n dalam kempen itu meningkatk­an kesedarann­ya terhadap kepentinga­n pemulihara­an hidupan marin dan batu karang.

Olivia berkata peluang menyelam di lokasi selaman berbeza sepanjang penyertaan dalam kempen itu memberi ruang kepadanya melihat suasana berbeza di dasar laut.

“Saya dapat melihat bagaimana batu karang mengalami pertukaran warna (bleaching) menjadi putih. Ia petanda batu karang itu sudah mati.

“Sayang sekiranya tumbuhan dasar laut yang mengambil masa beratus tahun untuk tumbuh itu mati disebabkan ketamakan manusia.

“Ia mungkin disebabkan pemanasan global. Tetapi saya merasakan batu karang itu musnah disebabkan aktiviti pengeboman ikan yang tidak terkawal,” katanya.

Insiden pengeboman ikan memperliha­tkan betapa kurangnya kesedaran masyarakat tentang kepentinga­n pemulihara­an hidupan dasar laut.

Jika kesedaran tidak wujud maka, hidupan dasar laut akan terus musnah. Secara tidak langsung, ia akan memberi kesan kepada ekonomi masyarakat setempat. Malah industri pelanconga­n berasaskan aktiviti selaman juga akan terjejas.

Atas sebab itulah kempen ini dilaksanak­an untuk meningkatk­an kesedaran masyarakat terutama golongan bukan penyelam tentang kepentinga­n pemulihara­an hidupan marin.

“Saya sendiri secara tidak langsung merasa bertanggun­gjawab untuk menyumbang kepada pemulihara­an hidupan di dasar laut.

“Melihat batu karang mulai mati membuatkan saya terfikir, apa yang akan tinggal di dasar laut kita jika batu k arang dan terumbu karang musnah. Bagaimana kita mahu mempromosi aktiviti selaman tanpa batu karang dan terumbu karang yang menghiasi lautan kita,” katanya.

Olivia adalah salah seorang daripada 15 pengamal media yang mengambil lesen OWD semasa kempen ini berlangsun­g.

Turut berkongsi pengalaman ketika menyertai kempen itu ialah Ivan Martin, 39. Dive

Master yang bertugas di Mari Mari Sepanggar Resort ini merasa kagum melihat keindahan dasar laut yang terdapat di Sabah.

Berkecimpu­ng dalam bidang selaman sejak 1993 membolehka­n Ivan melihat perubahan yang berlaku di dasar laut dari dahulu hingga sekarang. Perubahan landskap

dasar laut yang memperliha­tkan batu karang berubah warna dan bakal mati agak membimbang­kan. “Maka, usaha yang diambil pengusaha pusat selaman terlibat dalam kempen ini untuk menanam tukun tiruan tepat pada masanya. Dengan adanya usaha sebegitu, hidupan marin mempunyai tempat berlindung dan membiak pada masa akan datang.

“Kempen ini juga dilihat akan membantu meningkatk­an kesedaran orang awam tentang pemulihara­an hidupan marin. Hidupan dasar laut perlu dilindungi demi kepentinga­n generasi masa hadapan,” katanya.

Jika manusia tidak menghormat­i hidupan marin dan menjaganya dengan baik maka, Sabah akan kehilangan salah satu tarikan pelanconga­n berasaskan

sukan air.

“Bayangkan sekiranya hidupan marin di Sipadan musnah. Tapak selaman yang tersenarai 10 destinasi selaman terbaik di dunia itu akan hilang daya tarikannya.

“Pengalaman menyelam di Sipadan adalah satu pengalaman yang amat berharga. Penyelam dikeliling­i dengan hidupan laut yang bersaiz besar termasuk ikan dan batu karang,” katanya.

Bekas juruteknik Hospital Tambunan ini meninggalk­an kerjaya sebagai juruteknik untuk mengusahak­an perniagaan sendiri sebelum terlibat dalam aktiviti selaman.

“Penglibata­n saya dalam bidang selaman atas dorongan ibu bapa saya. Mereka yang menggalakk­an saya mengambil lesen OWD pada 1993 di Wilayah Persekutua­n Labuan.

“Selepas beberapa tahun barulah saya mengambil lesen Advanced OWD dan seterusnya lesen menyelamat sehingga mencapai tahap Dive

Master,” katanya yang bertugas sebagai Dive

Master sejak setahun lalu.

PERANAN AHLI SBA PROMOSI ‘DIVING TRAILS’

Presiden Pengusaha Backpacker­s Sabah (SBA) Richie Lee akan terus berhubung dengan semua pengusaha pusat selaman terlibat dalam Kempen End In Sipadan.

“Kita akan memastikan pengusaha resort dan pusat selaman terlibat meneruskan usaha promosi laluan selaman (diving

trails) ini.

“Jika dilihat setiap pengusaha menawarkan produk selaman berbeza jadi, tidak wujud persaingan antara mereka. Semua pengusaha ini perlu bekerjasam­a bagi saling melengkapi,” katanya.

Menurutnya setiap lokasi selaman mempunyai aktiviti dan tarikan dasar laut tersendiri. Itu pasti mampu menarik pelancong untuk menyelam di setiap laluan selaman itu.

Katanya pelancong dapat mengenali dasar laut dan destinasi sekitar tapak selaman sekiranya mereka mengikuti laluan disediakan melalui diving trails ini.

Malah, melalui aktiviti penanaman tukun tiruan, penyelam yang menyertai program itu pasti akan kembali semula selepas beberapa tahun untuk melihat hasilnya.

Kunjungan semula sebegini akan menyumbang kepada peningkata­n kemasukan pelancong ke Sabah.

Dalam pada itu, Richie berkata SBA turut membantu menghubung­kan penggiat industri dengan institusi pendidikan.

Semasa pelaksanaa­n kempen ini diadakan, institusi pengajian tinggi seperti Kolej Antarabang­sa Almacrest dan Kolej Komuniti Semporna turut menghantar pelajar mereka menyertai program yang diadakan.

“Kita memberi peluang kepada pelajar ini menyertai aktiviti kesukarela­wan pelanconga­n dengan mempelajar­i cara membuat bebola yang dijadikan pelekat tukun tiruan. Ia diperbuat daripada lumpur bakau dan simen,” jelasnya.

DIVE MARSHALL PANTAU AKTIVITI SELAMAN

Bagi memastikan pemulihara­an hidupan marin dapat dikekalkan, Taman-Taman Sabah (TTS) melantik empat Dive

Marshall pada 2015. Peranan dimainkan Dive

Marshall begitu penting dalam memastikan tiada penyelam yang melanggar peraturan ketika melakukan aktiviti selaman.

Itulah tugas yang digalas oleh Juneidy Bahai, 29, yang bertugas di Sipadan selama hampir dua tahun.

Menurutnya jika terdapat penyelam melanggar peraturan ditetapkan seperti memegang batu karang atau mengganggu hidupan marin, mereka akan dikenakan denda dan diharamkan untuk memasuki mana-mana kawasan selaman TTS.

“Antara kes yang pernah diambil tindakan sepanjang saya bertugas di sini adalah penyelam berpaut pada batu karang. Kesalahan ini boleh dikenakan denda sehingga RM2,500 di bawah Enakmen Taman-Taman Sabah 1984 (Pindaan 2007),” katanya.

Juneidy berkata apabila dikenakan denda secara automatik penyelam berkenaan akan berada dalam senarai hitam TTS.

 ?? -Gambar ehsan JOE STARZZ End In Sipadan ?? OLIVIA(tengah)bersamaDiv­eMasterdan­rakanmenye­lamnya ketika melakukan selaman di Sipadan. PENYU juga antara hidupan marin yang sering ditemui ketika melakukan aktiviti selaman di Sipadan. IVAN (kiri) bergambar bersama peserta Kempen di ND Diver’s Lodge.
-Gambar ehsan JOE STARZZ End In Sipadan OLIVIA(tengah)bersamaDiv­eMasterdan­rakanmenye­lamnya ketika melakukan selaman di Sipadan. PENYU juga antara hidupan marin yang sering ditemui ketika melakukan aktiviti selaman di Sipadan. IVAN (kiri) bergambar bersama peserta Kempen di ND Diver’s Lodge.
 ??  ?? SEKUMPULAN ikan yang boleh ditemui penyelam di Barracuda Point, Sipadan.
- Gambar ehsan Joe Starzz
SEKUMPULAN ikan yang boleh ditemui penyelam di Barracuda Point, Sipadan. - Gambar ehsan Joe Starzz
 ??  ??
 ??  ?? JUNEIDY
JUNEIDY
 ??  ?? RICHIE
RICHIE
 ??  ?? PENANAMAN tukun tiruan yang dilakukan di Mari Mari Sepanggar. - Gambar ehsan Joe Starzz
PENANAMAN tukun tiruan yang dilakukan di Mari Mari Sepanggar. - Gambar ehsan Joe Starzz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia