Utusan Borneo (Sabah)

1,645 sukarelawa­n dari lima agensi KKLW bantu mangsa banjir Pulau Pinang

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

PULAU PINANG: Seramai 1,645 sukarelawa­n terdiri daripada lima agensi di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) berada di Pulau Pinang pada Selasa lalu untuk membantu mangsa yang terjejas dalam kejadian banjir yang melanda negeri itu, baru-baru ini.

Menterinya Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, para sukarelawa­n tersebut adalah terdiri daripada agensi di bawah KKLW iaitu Majlis Amanah Rakyat (MARA), Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Negara (FELCRA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA).

“Kesemua sukarelawa­n ini telah dihantar untuk membantu mangsa di 33 lokasi banjir di Pulau Pinang dan pada masa yang sama, sukarelawa­n daripada pelatih GIATMARA juga akan membantu membaiki semua peralatan elektrik termasuk motosikal secara percuma.

“Menerusi bantuan ini, sukarelawa­n terlibat akan menjalanka­n aktiviti gotongroyo­ng seperti membersih dan mengecat premisprem­is bangunan yang terjejas berikutan kejadian itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja sempena penyelaras­an bantuan bencana pascabanji­r di Pulau Pinang di Permatang Rawa, Selasa lalu.

Pada lawatan itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob telah mengagihka­n 1,450 pek bantuan yang mengandung­i makanan, barang-barang keperluan diri, tilam dan selimut kepada mangsa banjir di empat kawasan yang dilawatiny­a.

KKLW senarai aset dan infrastukt­ur yang musnah akibat banjir

Pada masa sama, beliau turut melawat lima tabika KEMAS di Kampung Padang, Kepala Batas; tabika KEMAS Lahar Yooi dan Simpang Tiga di Tasek Gelugor; tabika KEMAS Permatang Rawa serta Tabika Taman Abidin di Jelutong.

Mengulas lanjut tentang lawatan beliau ke tabika tersebut, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, sebanyak 41 tabika KEMAS di Pulau Pinang mengalami kerosakan akibat banjir membabitka­n kerugian RM165,000.

“Walaupun kesemua 41 tadika terjejas oleh banjir, namun kerosakan terhadap kemudahan itu tidak begitu serius dan kementeria­n sedang menjalanka­n kerja-kerja membaiki supaya kanak-kanak yang belajar di situ dapat meneruskan pembelajar­an.

“Kerja membaiki ini akan dilaksanak­an 1,645 sukarelawa­n terdiri daripada lima agensi KKLW ini,” katanya.

Selain itu, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob turut mengarahka­n Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung Persekutua­n (JKKKP) untuk membuat penilaian terhadap kerosakan sebelum menyerahka­nnya kepada KKLW di setiap kawasan yang terjejas.

Senarai infrastruk­tur dan premis milik KKLW yang rosak akibat banjir seperti jalan-jalan kampung, surau, dewan, balai raya serta bangunan milik kementeria­n yang disenaraik­an oleh JKKKP akan KKLW serahkan kepada Majlis Keselamata­n Negara (MKN) bagi tindakan selanjutny­a.

 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan yang terjejas akibat banjir diiringi penduduk tempatan. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membantu mencuci peralatan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan yang terjejas akibat banjir diiringi penduduk tempatan. Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membantu mencuci peralatan rumah mangsa yang terjejas akibat banjir.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membantu mengecat sebahagian dinding salah sebuah tabika KEMAS yang terjejas akibat banjir.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob membantu mengecat sebahagian dinding salah sebuah tabika KEMAS yang terjejas akibat banjir.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an pek bantuan kepada salah seorang mangsa yang terjejas akibat banjir.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob menyampaik­an pek bantuan kepada salah seorang mangsa yang terjejas akibat banjir.
 ??  ?? Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memeriksa kerosakan terhadap kemudahan salah sebuah tabika KEMAS yang terjejas akibat banjir.
Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob memeriksa kerosakan terhadap kemudahan salah sebuah tabika KEMAS yang terjejas akibat banjir.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia