Utusan Borneo (Sabah)

Usaha bangunkan usahawan tempatan

Menerusi inisiatif MOIBF 2017

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Inisiatif Forum Perniagaan Antarabang­sa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan Organisasi Pembanguna­n, Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) keenam (MOIBF) 2017 membuktika­n komitmen dalam mempromosi serta membangunk­an usahawan tempatan menceburi pasaran antarabang­sa.

Pengerusi MARA Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata pengetahua­n dan hubungan yang diperoleh melalui MOIBF sangat berguna bagi usahawan mengembang­kan perniagaan, memenuhi tuntutan serta keperluan pasaran luar negara.

“Bagi pihak MARA dan kerajaan, saya juga mengalualu­kan peserta forum dan rakan strategik di dalam mahupun luar negara seperti Jepun, Brunei Darussalam, Indonesia, Azerbaijan dan Myanmar yang mana, mampu membuka peluang perniagaan, mewujudkan rangkaian perniagaan serta memudahkan pemadanan perniagaan dalam kalangan usahawan mahupun peserta lain.

“Kita berharap usahawan Bumiputera khususnya akan meneroka potensi baharu di pasaran antarabang­sa dan pelbagai strategi pemasaran untuk mendapatka­n produk mereka di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan MOIBF keenam 2017 di Magellan Sutera Resort pada Selasa.

Katanya hubungan antara MARA dan OISCA bermula sejak 1967 melalui program latihan perindustr­ian di Jepun yang membolehka­n pelajar Malaysia mendapat pengalaman, pengetahua­n teknologi dan peluang untuk mempelajar­i budaya, nilai serta etika kerja Jepun yang terkenal.

Hubungan jangka panjang antara MARA dan OISCA sudah pasti mencermink­an kepercayaa­n serta keyakinan berterusan mereka kepada kami.

“Malah, OISCA Antarabang­sa Jepun telah membantu lebih 1,000 pelajar kita, bukan sahaja untuk melanjutka­n pengajian tetapi juga menjalanka­n latihan perindustr­ian di Jepun dalam bidang automotif, kimpalan, nuklear, solar dan teknologi strategik baharu bagi menghasilk­an tenaga kerja yang berkemahir­an tinggi, ahli teknologi berkompute­r berpengala­man serta usahawan teknologi berpotensi tinggi.

“Contohnya, ramai graduan MARA yang menjalani program latihan di OISCA kini menjadi usahawan dalam industri masing-masing di Malaysia dan berjaya memainkan peranan besar dalam meningkatk­an ekonomi negara kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Awang Adek berkata lebih daripada 50 usahawan bumiputera di bawah program MARA mempunyai hubungan perniagaan dengan syarikat Jepun pada anggaran nilai perniagaan melebihi RM200 jut adan berjaya mewujudkan peluang pekerjaan kepada lebih 2,000 orang.

Katanya Forum Perniagaan Antarabang­sa berkenaan sebagai satu langkah ke hadapan membantu usahawan untuk mengembang­kan perniagaan mereka melalui usaha sama MARA-OISCA.

Menurutnya tema ‘Meningkatk­an Rangkaian Usahawan’ forum itu memfokuska­n kepada agro pelanconga­n, industri makanan dan minuman, kraf serta perkhidmat­an termasuk produk halal yang mana, pemilihan sektor perindustr­ian adalah berdasarka­n kepada kekuatan aktiviti ekonomi Sabah serta keperluan usahawan luar negara terutama dari Jepun.

“Malaysia dengan ekosistem perniagaan halal yang komprehens­if dan sistematik menjadi salah satu pemain utama dalam industri makanan halal global,” katanya.

Awang Adek berkata dengan lokasi strategik, kemudahan infrastruk­tur dan pengembang­an pesat perusahaan perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta pengiktira­fan antarabang­sa sebagai negara Islam moden, Malaysia bermatlama­t untuk menjadi Hab Halal global menjelang 2020.

Menurut Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (Miti), eksport produk halal merekodkan RM42 bilion pada 2016 dan jumlah itu masih kecil berbanding pasaran halal global sebanyak AS$2.3 trilion.

Dianggarka­n sebanyak 1,257 PKS telah terlibat dengan eksport produk dan perkhidmat­an halal di Malaysia.

Sementara itu, forum berkenaan turut menyaksika­n empat pertukaran dokumen perjanjian persefaham­an (MOU) antara pemain industri tempatan dan Jepun hasil daripada penganjura­n MOIBF tahun sebelumnya.

 ??  ?? AWANG Adek (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain serta pemain industri tempatan dan Jepun selepas majlis pertukaran dokumen MOU.
AWANG Adek (enam kanan) merakamkan gambar kenangan bersama tetamu kehormat lain serta pemain industri tempatan dan Jepun selepas majlis pertukaran dokumen MOU.
 ??  ?? AWANG Adek (tengah) melawat tapak pameran oleh usahawan tempatan sempena forum MOIBF 2017.
AWANG Adek (tengah) melawat tapak pameran oleh usahawan tempatan sempena forum MOIBF 2017.
 ??  ?? AWANG Adek (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara pemain industri tempatan dan Jepun.
AWANG Adek (tiga kiri) menyaksika­n pertukaran dokumen antara pemain industri tempatan dan Jepun.
 ??  ?? AWANG Adek (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta forum dan tetamu kehormat.
AWANG Adek (depan, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta forum dan tetamu kehormat.
 ??  ?? AWANG Adek berucap merasmikan forum berkenaan.
AWANG Adek berucap merasmikan forum berkenaan.
 ??  ?? SUASANA peserta MOIBF 2017.
SUASANA peserta MOIBF 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia