Utusan Borneo (Sabah)

MOIBF platform terbaik usahawan tempatan kembang perniagaan

-

KOTA KINABALU: Forum Perniagaan Antarabang­sa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan, Organisasi Pembanguna­n Kerohanian dan Kebudayaan (OISCA) keenam (MOIBF) 2017 adalah platform terbaik kepada usahawan tempatan mengembang­kan perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Takexco Malaysia Sdn Bhd Muhammad Azmil Azman berkata platform itu secara tidak langsung memberi peluang kepada usahawan tempatan berbincang dengan usahawan luar negara melalui pemadanan perniagaan.

“Saya menyertai forum ini setiap tahun dan merasakan platform ini adalah yang terbaik untuk menghubung­kan usahawan dalam dan luar negara.

“Jika kita sedar, forum ini dijayakan di tempattemp­at yang berbeza setiap tahun yang mana secara tidak langsung memberi peluang kepada peserta forum untuk berjumpa dengan pelbagai usahawan serta meluaskan perniagaan kepada eksport ke luar negara,” katanya ketika pada MOIBF keenam 2017 di Magellan Sutera Resort pada Selasa.

Azmil yang menjalanka­n perniagaan Sanitizer Spray berkata perniagaan­nya itu adalah usahasama dengan Takex Co Jepun melalui pemadanan perniagaan pada forum berkenaan.

“Kami mengeluark­an produk Sanitizer Spray yang dihasilkan daripada ekstrak bambu, yang dikeluarka­n di Malaysia sendiri.

“Usahasama antara Takex Co Jepun dan usahawan tempatan iaitu saya sendiri ini membuahkan hasil sehingga tertubuhny­a syarikat tempatan di sini.

“Pasaran untuk produk ini adalah di Malaysia, Asean dan seluruh dunia kerana kami telah mendapat pensijilan halal untuk produk ini,” katanya.

Jelasnya forum MOIBF 2017 itu mampu mengembang­kan perusahaan­nya apabila ia mula berada di pasaran tempatan kelak.

Katanya sejak awal forum berkenaan, terdapat beberapa usahawan tempatan Sabah menunjukka­n minat dengan produk mereka.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Takex Co Ltd Jepun Kumi Okada berkata, usahasama dengan Azmil bermula dari program OISCA kedua sejak 2013 di Kuala Lumpur.

Beliau yang juga menyertai forum itu setiap tahun berharap agar MOIBF akan terus dijayakan untuk membantu bukan sahaja usahawan tempatan tetapi luar negara sebagai hubungan perniagaan global.

Beliau telah dibantu oleh MARA dengan memperkena­lkan syarikat mereka kepada syarikatsy­arikat tempatan melalui sesi pemadanan perniagaan sehingga membawa kerjasama itu di Malaysia.

“Terima kasih kepada MARA dan M O I B F atas inisiatif membantu mengembang­kan perniagaan tempatan dan global kepada perniagaan import eksport,” katanya.

 ??  ?? AZMIL (kiri) dan Kumi (dua kiri) menunjukka­n produk Sanitizer Spray yang telah mendapat pensijilan halal.
AZMIL (kiri) dan Kumi (dua kiri) menunjukka­n produk Sanitizer Spray yang telah mendapat pensijilan halal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia