Utusan Borneo (Sabah)

Ranieri rancang kejutkan PSG

-

PARIS: Claudio Ranieri, pengurus licik dari Itali yang merancang kejayaan Leicester City yang menakjubka­n untuk memenangi Liga Perdana Inggeris, berharap untuk membuat satu lagi kejutan apabila kelabnya Nantes melawat pendahulu liga Perancis, ParisSaint-Germain (PSG), pada malam ini (Sabtu). Sejak dia tiba di Nantes pada Jun lalu, Ranieri telah meneruskan kekuatan kelab itu pada separuh kedua musim lepas di bawah jurulatih ketika itu Sergio Conceicao untuk membimbing mereka sehingga sampai dua mata di belakang tempat kelayakan ke Liga Juara-Juara.

Nantes sudah mengutip 23 mata daripada maksimum 30 mata ekoran dua kekalahan berturut-turut untuk memulakan kempen, dan Ranieri agak tenang menjelang kunjungan mereka ke Parc des Princes.

“Saya akan membawa dua buah bas,” kata Ranieri, ketika dia memikirkan cara untuk menyekat serangan PSG yang sudah menyumbat 39 gol dalam 12 perlawanan.

“Saya tahu apa yang akan berlaku pada Sabtu malam. Saya mahu melihat pasukan saya tenang dan benar-benar berazam untuk bermain dengan baik. Mengenai keputusan? Saya tahu kami boleh tewas,” katanya.

“Saya sentiasa mempunyai idea yang tepat (bagi cara untuk bermain) menentang pasukan lawan. Idea itu sentiasa hebat, tetapi realitinya sedikit berbeza!”

“Paris akan memenangi kejuaraan. Mereka sudah berkembang menjadi sebuah pasukan hebat yang semakin bagus saban waktu,” ujarnya.

Superstar Brazil Neymar kembali menggalas tugas domestik setelah dua minggu yang bergolak bersama Brazil dan kelihatan emosional di sidang akhbar ekoran kemenangan 3-1 ke atas Jepun di Lille pada Jumaat lalu.

Walaupun Neymar sudah menjaringk­an 11 gol dalam 12 perlawanan sejak perpindaha­n rekod dunianya ke PSG dari Barcelona, beberapa minggu lepas telah menimbulka­n cerita tentang perbalahan dengan rakan sepasukan dan perselisih­an faham dengan jurulatih

Unai Emery.

Jurulatih Brazil Tite bersuara untuk membela Neymar pada minggu lepas manakala penyerang itu mengesat air mata, manakala

Emery menegaskan isu tiada di antaranya dengan pemain itu. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia