Utusan Borneo (Sabah)

Bekas pemain bola sepak kebangsaan meninggal dunia

-

KUANTAN: Bekas pemain bola sepak kebangsaan era 70-an Wan Zawawi Wan Yusof, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini awal pagi Jumaat akibat pendarahan di dalam perut.

Balunya, Wan Jauhariah Wan Hamat, 57, berkata arwah suaminya yang berusia 68 tahun meninggal dunia pada 2.30 pagi selepas dimasukkan ke hospital pada 6 petang Khamis.

“Saya bersama suami yang tinggal di Kota Bharu datang ke Kuantan sejak Selasa lepas untuk menziarahi anak perempuan saya di sini sebelum arwah mengadu sakit perut pada hari Rabu.

“Saya cuba pujuk dia untuk pergi membuat pemeriksaa­n di hospital tetapi dia tak mahu dan semalam (Khamis) dia ada mengadu lagi sakit perut. Kami kemudian membawanya ke hospital pada 6 petang sebelum meninggal dunia awal pagi tadi (Jumaat),” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Allahyarha­m meninggalk­an enam anak dan jenazahnya selamat dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Kampung Tuan Beserah pada 11 pagi Jumaat.

Wan Zawawi yang bermain di bahagian tengah pernah mewakili negara ke Sukan Olimpik 1972 serta beberapa kejohanan antarabang­sa lain antaranya Kejohanan Bola Sepak Belia-belia Asia (1968), Sukan SEAP (1971, 1973 dan 1975); dan Sukan Asia (Bangkok 1970 dan Tehran 1974).

Anak kelahiran Penambang, Kota Bharu itu memulakan kerjaya dalam bola sepak dengan mewakili Kelantan dari 1966 hingga 1968 sebelum berhijrah ke Kelab Jabatan Penjara (1968-1970) dan berakhir dengan pasukan Pahang (1973 -1983). Bernama

 ??  ?? TEPAT: Pemain Kriket Afghanista­n Rahmanulla­h Gurbaz (kanan) membuat pukulan ketika menentang Nepal pada pelawanan peringkat Separuh Akhir Kejohanan Kriket Piala Belia Asia (B19) di Kinrara Oval Kuala Lumpur pada Jumaat.
TEPAT: Pemain Kriket Afghanista­n Rahmanulla­h Gurbaz (kanan) membuat pukulan ketika menentang Nepal pada pelawanan peringkat Separuh Akhir Kejohanan Kriket Piala Belia Asia (B19) di Kinrara Oval Kuala Lumpur pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia