Utusan Borneo (Sabah)

Seruan Negeri Di Bawah Bayu

Mahasiswa dan pensyarah UPSI berkampung tujuh hari di Keningau

- Oleh JOHAN AZIZ

SERAMAI 15 mahasiswa termasuk dua pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (USPI) Perak telah berkampung selama tujuh hari di Keningau melalui program Seruan Negeri Di Bawah Bayu. Selama berada di daerah itu, mereka telah tinggal bersama-sama dengan keluarga angkat di Kampung Keningau.

Program itu adalah anjuran Persatuan Mahasiswa Sejarah UPSI dengan kerjasama Persatuan Belia Kampung Keningau.

Sempena program itu, pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Komuniti Belia Cergas di mana mereka telah mendaki Bukit Trig Checkpoint 12 di Apin-Apin Keningau, ceramah daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah, kempen menderma darah, Kenali Budaya Kampung, program Home Tuition, riadah, sukaneka, bola sepak dan lain-lain.

Kenali Budaya Kampung adalah aktiviti paling menarik di mana diadakan demonstras­i budaya, ‘manambalan­g’ di mana para mahasiswa yang kebanyakan­nya berasal daripada negeri-negeri di Semenanjun­g merasa amat kagum kerana buat pertama kali melihat adat istiadat seumpama itu.

Mereka juga berpeluang melihat sendiri tarian mangalang dan memalu gong bersama-sama belia kampung.

Kepelbagai­an etnik suku kaum di daerah Keningau itu sendiri memberi peluang kepada anak-anak mahasiswa menerima dan bersama-sama keluarga angkat mereka yang terdiri suku Murut, Iban, Dusun dan juga Kadazan.

Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil yang mewakili Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Haji Sairin Karno telah menyempurn­akan majlis penutupan.

Dalam ucapannya, beliau berkata program bersama belia dan IPTA itu sangat baik lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan universiti dari luar Sabah.

“Kehadiran mereka akan menaikkan semangat belia terutama sekali bagi mereka yang masih belajar dan mahu berjaya sehingga ke peringkat menara gading,” katanya.

Hadir sama pada majlis itu, Penolong Pegawai Daerah Celestine Jetony, Penolong Pegawai Jabatan Belia dan Sukan Persekutua­n Ryandi Ansukup, Pensyarah UPSI Dr Ramlee Saadon, wakil Ketua Polis Daerah Keningau Inspektor Fatimah, WKAN Jasin lumau, Pengerusi Persatuan Belia Kampung Keningau Davy Geoffrey dan Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Clara Manuk.

Kehadiran mereka akan menaikkan semangat belia terutama sekali bagi mereka yang masih belajar dan mahu berjaya sehingga ke peringkat menara gading.

SAHANIP JAMIL Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan

 ??  ?? PARA mahasiswa bersama belia Kampung Keningau turut membuat pendakian Bukit Trig di Apin-Apin Keningau.
PARA mahasiswa bersama belia Kampung Keningau turut membuat pendakian Bukit Trig di Apin-Apin Keningau.
 ??  ?? PARAmahasi­swadanpens­yarahUPSIs­ertabelia-beliaKampu­ngKeningau­mengabadik­anfotokena­ngan semasa program itu berjalan.
PARAmahasi­swadanpens­yarahUPSIs­ertabelia-beliaKampu­ngKeningau­mengabadik­anfotokena­ngan semasa program itu berjalan.
 ??  ?? SAHANIP (duduk lima dari kiri) bergambar bersama-sama dengan para pegawai kerajaan, pensyarah dan mahasiswa UPSI dan belia-belia Kampung Keningau selepas program itu.
SAHANIP (duduk lima dari kiri) bergambar bersama-sama dengan para pegawai kerajaan, pensyarah dan mahasiswa UPSI dan belia-belia Kampung Keningau selepas program itu.
 ??  ?? KENALI Budaya Kampung yang menjadi tarikan pada program itu.
KENALI Budaya Kampung yang menjadi tarikan pada program itu.
 ??  ?? MAHASISWA UPSI turut bersama-sama memeriahka­n majlis itu dengan memalu gong.
MAHASISWA UPSI turut bersama-sama memeriahka­n majlis itu dengan memalu gong.
 ??  ?? PARA mahasiswa UPSI turut menjayakan kempen derma darah yang diadakan sempena program itu.
PARA mahasiswa UPSI turut menjayakan kempen derma darah yang diadakan sempena program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia