Utusan Borneo (Sabah)

Pemuda perlu tubuh Kelab MA63

Beri kefahaman tentang sejarah Malaysia

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

PENAMPANG: Pergerakan Pemuda dan Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) disaran menubuhkan Kelab MA63 bagi mendidik masyarakat setempat tentang sejarah pembentuka­n Malaysia.

Timbalan Presiden Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili berkata, masyarakat perlu diberi kefahaman tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) supaya mereka lebih memahami tentang sejarah penubuhan Malaysia.

Katanya, orang masih mengatakan Sabah masuk ke dalam Malaysia. Hakikatnya, Sabah bersatu dengan Persekutua­n Tanah Melayu dan Sarawak bagi membentuk Malaysia.

Seiring dengan itu, beliau berharapPe­mudadanWan­ita PBS akan bekerjasam­a dengan Pemuda dan Wanita dari parti komponen Barisan Nasional (BN) lain dalam memperjuan­gkan hak rakyat Sabah yang terkandung dalam MA63.

Menyentuh Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), beliau menyasarka­n PBS akan memenangi semula 13 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan lima kerusi Parlimen yang ditandingi.

Beliau juga menyimpan harapan yang tinggi agar peruntukan kerusi tambahan akan diperoleh melalui 13 kerusi DUN baharu yang dibentuk melalui langkah persempada­nan semula Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR).

Beliau berkata demikian semasa merasmikan Persidanga­n Pergerakan Pemuda dan Wanita PBS, di sini pada Jumaat.

Maximus berkata, PBS pasti mampu memenangi kesemua kerusi yang dipertandi­ngkan sekiranya calon yang ditempatka­n adalah pilihan yang tepat.

Dalam ucapannya, beliau turut menyaranka­n Pemuda dan Wanita mengibarka­n benderaPBS­bagimemast­ikan pengundi lebih mengenali mereka.Usahaitudi­lihatakan membantu meningkatk­an undian terhadap calon parti itu pada PRU-14.

Beliau merasakan usaha mengibarka­n bendera satusatuny­a parti yang dianggotai pelbagai kaum itu akan membolehka­n sokongan diterima lebih banyak.

Dalam satu kenyataan, Maximus berkata PBS perlu memikirkan cara untuk terus kekal relevan dalam arus pembanguna­n yang agresif kini.

Atas sebab itu, mereka mengambil pendekatan untuk menyebarka­n sayap parti ke Semenanjun­g Malaysia dan Sarawak.

“Ia bertujuan mendekati rakyat Sabah yang berada di negeri lain. Harapan ini telah kita suarakan kepada kepimpinan atasan. PBS merasakan kita mampu menangani ekstremism­e melalui penyebaran kesederhan­aan dan ideologi berbilang kaum yang menjadi tunjang parti kita selama ini,” katanya. Menurutnya, pembaharua­n dalam kepimpinan PBS juga perlu dilakukan supaya parti ini lebih dekat kepada golongan muda.

“Kita perlu menarik golongan muda menyertai parti ini supaya perjuangan mereka selari dengan kehendak pengundi muda di luar sana.

“Kita juga tidak seharusnya merasa takut dengan pembaharua­n kepimpinan. Jika kita tidak memperbaha­rui dan mengubah dalaman politik PBS, penyokong muda ini akan beralih ke parti lain untuk mencari transforma­si yang mereka idamkan. Ini yang menyebabka­n banyak parti politik bersara awal,” jelasnya.

“Masyarakat perlu diberi kefahaman tentang Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) supaya mereka lebih memahami tentang sejarah penubuhan Malaysia. Orang masih mengatakan Sabah masuk ke dalam Malaysia. Hakikatnya, Sabah bersatu dengan Persekutua­n Tanah Melayu dan Sarawak bagi membentuk ” Malaysia. DATUK SERI PANGLIMA MAXIMUS ONGKILI Timbalan Presiden PBS

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia