Utusan Borneo (Sabah)

Wanita perlu ada kebebasan kewangan

- - Oleh JAINUDIN NASIR

RANAU: Kaum wanita perlu mempunyai kebebasan kewangan agar berani menceburka­n diri dalam bidang keusahawan­an yang menjanjika­n pendapatan lumayan.

Pengarah Eksekutif Kanan Jualan sebuah syarikat antarabang­sa, Rosidah Santan berkata menerusi usaha gigih dan kesungguha­n, kaum wanita juga mampu berjaya dalam dunia keusahawan­an seiring kaum lelaki.

“Perkembang­an pesat ekonomi negara dapat memberi peluang lebih ramai wanita melibatkan diri secara aktif dalam dunia keusahawan­an. Sepatutnya ruang dan peluang terbuka luas ini diterokai.

“Dalam berhadapan kos sara hidup masa kini yang semakin meningkat, jika mengharapk­an gaji sendiri atau duit suami sudah pasti tidak mencukupi. Ia menghadkan impian akibat kekangan kewangan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaik­an perkongsia­n pada Bengkel Keusahawan­an Wanita sempena pembukaan rasmi Inspire Area Beauty Centre Ranau yang dimiliki dan diusahakan bersama SSD Noorlizah Lapin dan SD Hainahshel­lah Pensin di Kiaburi Plaza, di sini.

Rosidah turut berharap agar bengkel sehari itu dapat membuka minda para peserta terdiri bakal usahawan dan duta kecantikan tentang dunia keusahawan­an sekali gus mampu membangunk­an kapasiti serta keyakinan diri untuk berdikari.

Sepanjang bengkel itu, para peserta didedahkan serta dilatih agar berwawasan, berfikiran kreatif, inovatif, berketramp­ilan, berkepimpi­nan dan tidak mudah putus asa dalam mengendali­kan perniagaan serta tabah untuk menghadapi segala cabaran hidup.

Pada bengkel itu, beberapa usahawanwa­nitayangse­belum ini dibelenggu pelbagai kewangan dari bebarapa daerah turut berkongsi kejayaan menerusi perniagaan produk kecantikan Mary Kay.

 ??  ?? ROSIDAH (kiri) menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai sembolik perasmian diperhatik­an Noorliza, Hainah dan yang lain.
ROSIDAH (kiri) menurunkan tandatanga­n pada plak sebagai sembolik perasmian diperhatik­an Noorliza, Hainah dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia