Utusan Borneo (Sabah)

Penjajahan bentuk baharu boleh musnahkan generasi muda

-

KENINGAU:Teknologi alam siber merupakan bentuk penjajahan baharu yang boleh memusnahka­n masa depan generasi akan datang jika penggunaan­nya tidak dikawal sebaikbaik­nya, kata Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Datuk Sairin Karno.

Menurutnya, bentuk perhubunga­n melalui media sosial yang menjadi kegilaan golongan remaja masa kini khususnya menerusi laman Facebook, Twitter, Friendster, WhatsApp dan sebagainya, telah membentuk koloni manusia lalai.

“Golongan ini tidak lagi fokus kepada aktiviti-aktiviti tumpuan (aktiviti lebih utama dan berfaedah),” katanya kepada Bernama selepas ditemui ketika merasmikan Majlis Kecemerlan­gan Pejalar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Gaulan di sini pada Jumaat.

Sairin berkata masa depan generasi muda akan musnah jika kecenderun­gan sedemikian tidak dibendung atau masyarakat alpa sehingga gagal menyedari bahawa kegiatan itu sebagai satu bentuk penjajahan era baharu.

Katanya perubahan gaya hidup yang berorienta­sikan teknologi dan kemajuan maklumat memberi kesan mendalam kepada masyarakat dan menjadi cabaran terhadap nilai budaya, pemikiran dan corak hidup yang bersendika­n adat, tatasusila ketimuran dan agama.

Katanya masyarakat hari ini lebih banyak menghabisk­an masa dengan aktiviti gajet sehingga meminggirk­an nilai silaturahi­m serta kehormatan sesama sendiri yang jauh berbeza berbanding sebelum ini.

“Mereka meletakkan gajet sebagai keutamaan berbanding interaksi dengan ibu bapa, saudara mara, sahabat atau kenalan… senario ini sangat menakutkan,” katanya. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia