Utusan Borneo (Sabah)

Isu Rohingya: Usaha PM buahkan hasil

Myanmar ambil langkah selesai krisis Rohingya

-

PUTRAJAYA: Usaha Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuan­gkan isu Rohingya di pentas antarabang­sa mula membuahkan hasil apabila Myanmarsed­angmengamb­il langkah menyelesai­kan krisis Rohingya di Wilayah Rakhine, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Beliau berkata Malaysia berpuas hati dengan jaminan yang diberikan Penasihat Negara Myanmar, Aung San Suu Kyi, yang mengetuai delegasi negara itu ke Sidang Kemuncak Asean ke-31 di Manila baru-baru ini.

Menurut Anifah, Pemenang Hadiah Nobel itu antaranya memberi jaminan cadangan-cadangan Laporan Suruhanjay­a Penasihat Rakhine yang dipengerus­ikan bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Kofi Annan itu akan dilaksanak­an.

“Malaysia mengetenga­hkan isu Rohingya di peringkat Asean, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan PBB. Tidak salah kalau saya katakan ia adalah usaha Najib,” katanya dalam taklimat media pasca Sidang Kemuncak Asean ke-31 di sini.

Anifahberk­ataAungSan­Suu Kyi turut menyatakan bahawa Myanmar dan Bangladesh dijangka menandatan­gani satu memorandum persefaham­an (MoU) untuk penghantar­an semula pelarian Rohingya kembali ke tempat asal.

“Beliau (Aung San Suu Kyi) menyatakan MoU itu akan dapat dilaksanak­an secepat mungkin selepas ditandatan­gani Bangladesh dan Myanmar. Kemungkina­n Myanmar akan dapat melaksanak­an penghantar­an balik (pelarian) Rohingya dalam tempoh masa tiga minggu.

“Perdana Menteri juga memaklumka­n saya supaya mengikuti perkembang­an antara Bangladesh dan Myanmar.

Oleh itu, kita tunggu dan lihat sekiranya ia dapat dilakukan. Saya akan menghubung­i Menteri Luar Bangladesh untuk mengetahui syarat-syarat yang dikenakan Myanmar supaya mereka boleh kembali ke negara itu,” katanya.

Anifah berkata Perdana Menteri membangkit­kan agar MoU tidak meletakkan syarat-syarat yang sukar untuk pelarian Rohingya kembali ke tempat asal. -Bernama

Malaysia mengetenga­hkan isu Rohingya di peringkat ASEAN, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan PBB. Tidak salah kalau saya katakan ia adalah usaha Najib.

 ??  ?? DATUK SERI ANIFAH AMAN Menteri Luar
DATUK SERI ANIFAH AMAN Menteri Luar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia