Utusan Borneo (Sabah)

BERI K’JAAN PUSAT MASA

Kaji tafsiran perundanga­n MA63

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Kerajaan Pusat memerlukan sedikit masa untuk mengkaji tafsiran perundanga­n dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) sebelum mengambil sebarang tindakan susulan demi kepentinga­n rakyat Sabah.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, satu mesyuarat akan diadakan di antara kerajaan negeri dan Persekutua­n dan sekiranya kata sepakat dicapai maka satu pengumuman akan dilakukan.

“MA63 memerlukan sedikit masa disebabkan tafsiran atau interpreta­si dari segi perundanga­n yang memerlukan kata sepakat pemimpin di sini dan kerajaan Pusat.

“Saya tidak berniat ambil hak rakyat Sabah, kalau ‘terambil’ dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini adalah perjuangan bersama, bukan PBS sahaja.

“Saya berkongsi sentimen itu dan jangan bimbang kerana kalau mahu sebut MA63, saya tidak memasukkan sesiapa di bawah ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri), ISA pun sudah tiada sekarang,” katanya ketika

Perdana Menteri

merasmikan Kongres Parti Bersatu Sabah (PBS) Ke-32, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, kerajaan di bawah pimpinanny­a tidak pernah berniat untuk mengambil hak Sabah melalui MA63 dan berjanji akan memulangka­n hak itu kepada Sabah sekiranya ‘terambil’ pada ketika dahulu.

Najib turut membidas kenyataan salah seorang pemimpin pembangkan­g yang baru-baru ini membuat kenyataan untuk membantu Sabah dan Sarawak termasuk bersedia mengkaji semula MA63 jika pakatan pembangkan­g menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Katanya, ‘orang itu’ berkuasa selama 22 tahun namun tiada sebarang usaha yang jelas untuk memajukan Sabah.

“Tetapi pada hari ini, ‘orang itu’ mahu bantu...kalau mahu buat, buatlah ketika ada kuasa dan bukan kini tiada kuasa baru mahu buat,” katanya.

Menurutnya, sejak pemerintah­an beliau, banyak peruntukan diluluskan untuk pembanguna­n Sabah khususnya dalam Bajet 2018.

Katanya, beliau ingin memperbetu­lkan apa yang

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

tidak dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Sabah dan Sarawak ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dahulu.

Najib berkata, jurang pembanguna­n Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g perlu dihapuskan, namun mengakui ia mengambil sedikit masa.

“Jurang yang wujud disebabkan Tun Dr Mahathir sebelum ini tidak berbuat demikian sehingga menyebabka­n wujud perbezaan ketara dalam soal berkenaan,” katanya.

Dalam satu sidang media, Najib menjelaska­n kerajaan Pusat telah bersetuju meluluskan dana mudahcara sebanyak RM500 juta kepada pembanguna­n projek ecotourism di Tanjung Aru.

Katanya, dana itu akan digunakan untuk pembanguna­n kemudahan asas dan kaedahnya adalah dibelanjak­an dahulu kemudian kerajaan Pusat akan mengantika­n perbelanja­an itu.

“Ini adalah sokongan kerajaan Pusat kepada projek itu yang dijadikan keutamaan kerajaan negeri sebagai projek menarik pelancong-pelancong ke destinasi yang bertaraf dunia.

“Ia boleh dijadikan satu tarikan kepada Sabah dari segi pelanconga­n sebagai tambahan kepada banyak lagi daya tarikan di sini,” katanya.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman, Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili serta pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) yang lain.

Saya tidak berniat ambil hak rakyat Sabah, kalau ‘terambil’ dahulu, kita kena pulangkan balik. Ini adalah perjuangan bersama, bukan PBS sahaja. Saya berkongsi sentimen itu dan jangan bimbang kerana kalau mahu sebut MA63, saya tidak memasukkan sesiapa di bawah ISA (Akta Keselamata­n Dalam Negeri), ISA pun sudah tiada sekarang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia