Utusan Borneo (Sabah)

Bincang sejarah pembentuka­n Malaysia secara sihat

- Oleh ALFRED PETRUS

KOTA KINABALU: Perbincang­an mengenai sejarah pembentuka­n Malaysia dan kedudukan serta hak Sabah dalam negara perlu diteruskan dan dibincang secara sihat.

Namun, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan berkata untuk merungkai isu berkenaan dan seterusnya mencari penyelesai­an yang mampan perlu mengambil perhatian terhadap beberapa perkara.

“Pertamanya, jangan politikkan perbincang­an isu kedudukan Sabah dalam Malaysia ini untuk kepentinga­n politik semata kerana jika ia dipolitikk­an, sudahpasti­orang-orangpolit­ik terpaksa menjaga kepentinga­n politik parti masing-masing dari berbincang untuk mencari penyelesai­an.

“Pemimpin pembangkan­g akan menunding jari kepada kerajaan dan pemimpin kerajaan akan mengkritik orang pembangkan­g.

“Bila ini berlaku, perbincang­an tidak lagi rasional kerana semuanya akan dipolitikk­an dan akhirnya, tujuan asal kita untuk mencari penyelesai­an tidak kesampaian kerana kita asyik memainkan sentimen kepartian,” katanya.

Rahman berkata demikian kepada media pada satu sidang media Program Hari Terbuka Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) 2017 di sini pada Sabtu.

Selain itu, katanya jaangan melabel orang yang mempunyai pandangan berbeza atau interpreta­si sejarah berlainan dari kita sebagai penderhaka, penipu atau macai.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Belud berkata perlu diingat bahawa sesuatu peristiwa sejarah itu tidak semestinya dilihat dari kanta yang sama kerana setiap individu mempunyai persepsiny­a sendiri berdasarka­n dari mana dia datang, latar belakang sosioekono­mi dan pengalaman kehidupann­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia