Utusan Borneo (Sabah)

Tiada peluang berbincang mengenai MA63 ketika era Tun M

- Oleh

PENAMPANG: Sabah tidak mempunyai peluang untuk membincang­kan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) ketika zaman pemerintah­an Tun Dr Mahathir Mohamad.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, sebarang perbincang­an mengenai perkara itu secara terbuka akan ditahan dan diambil tindakan di bawah Akta Keselamata­n Dalam Negeri (ISA).

“Dalam era Dr Mahathir, MA63 adalah sesuatu yang dianggap sensitif dan anti Persekutua­n. Ramai rakyat Sabah merasa takut untuk membincang­kan isu itu secara terbuka kerana boleh diambil tindakan dalam Akta ISA.

“Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Dr Maximus Ongkili antara yang turut menjadi mangsa ISA ketika zaman pemerintah­an beliau,” katanya ketika berucap pada Kongres PBS ke-32 di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, Tun Mahathir pada ketika itu tidak pernah mengambil sebarang tindakan positif mengenai MA63 sepanjang 22 tahun pemerintah­an sebagai Perdana Menteri.

Pairin mempersoal­kan kredibilit­i Mahathir yang secara tiba-tiba berjanji akan mengkaji semula isu itu tetapi tidak melakukan perkara yang sewajarnya ketika beliau masih berkuasa.

“Sebaliknya Perdana Menteri sekarang Datuk Seri Najib Tun Razak adalah seorang yang lebih bersikap terbuka, saya percaya beliau tidak mempunyai satu niat untuk mengabaika­n atau tidak mengendahk­an hak-hak Sabah dalam persekutua­n Malaysia.

“Malahan beliau mengumpama­kan Malaysia sebagai satu keluarga yang akan sentiasa ada perselisih­an dalam kalangan adik-beradik, termasuk suami dan isteri.

“Ini menunjukka­n kejujuran dan keprihatin­an Perdana Menteri kita untuk menangani isu ini secara aman melalui perundinga­n,” katanya.-

YAP SIONG HAN

 ?? GambarBern­ama ?? NAJIB merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang pada Sabtu. Turut sama, Musa dan Pairin.
GambarBern­ama NAJIB merasmikan Persidanga­n Perwakilan Tahunan Parti Bersatu Sabah Ke-32 di Hongkod Koisaan Penampang pada Sabtu. Turut sama, Musa dan Pairin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia