Utusan Borneo (Sabah)

Bajet Sabah 2018 beri manfaat kepada belia

-

KOTA KINABALU: Pemuda Barisan Nasional (BN) Sabah menyifatka­n pembentang­an Bajet Sabah 2018 pada Jumaat memberikan kebaikan kepada belia.

Pengerusi Pemuda BN Sabah Yamani Hafez Musa (gambar) berkata, kejayaan kerajaan negeri Sabah meningkatk­an hasil negeri sehingga mencecah RM4.16 bilion ternyata dikongsi dan dikembalik­an kepada rakyat dengan pelbagai dasar dan program berorienta­sikan rakyat.

“Pemuda BN Sabah juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kerana kerajaan negeri mengambil kira pandangan yang kami sampaikan hasil beberapa Siri Dialog Transforma­si Negara 2050 (TN50) yang diadakan di negeri ini.

“Kita bersyukur aspirasi generasi muda yang disampaika­n melalui Siri Dialog TN50 Sabah sudah menjadi sebahagian daripada agenda kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, antaranya perkara yang terkandung dalam Bajet Sabah 2018 adalah pengenalan Skim Jaya Perantis Anak Sabah (Syabas) yang bertujuan untuk memberi peluang latihan bekerja dalam industri bukan sahaja kepada graduan di peringkat universiti, malah kepada lulusan diploma dan sijil.

Katanya, Syabas yang akan dilaksanak­an melalui Institut Kerjasama Kerajaan dan Rakyat (IKRAR) akan membantu menyelesai­kan isu ketiadaan kriteria ‘pengalaman kerja’ yang sering dihadapi oleh generasi muda yang memohon pekerjaaan buat kali pertama.

“Ini antara isu berkaitan aspek pekerjaan yang banyak disuarakan oleh anak-anak muda dalam Dialog TN50.

“Selain itu, Pemuda menyokong keputusan meneruskan pemberian peruntukan untuk Program Youth Entreprene­urship Scheme (YES) melalui Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan bantuan pinjaman mikro kredit melalui Yayasan Usaha Maju (YUM) bagi membantu mereka yang ingin menceburi bidang perniagaan dan keusahawan­an,” katanya.

Pada masa yang sama katanya, Pemuda BN Sabah amat gembira isu berkaitan keperluan pementoran dalam pengembang­an usahawan muda yang dikemukaka­n telah mendapat respon Kerajaan Negeri dengan pengenalan Skim Pementoran Kerjaya dan Keusahawan­an (SKOR).

Katanya, langkah itu penting agar belia yang berminat kepada bidang perniagaan dibimbing melalui kaedah pementoran dan diberikan akses kepada pelbagai bantuan latihan, geran dan pinjaman sedia ada yang disediakan sama ada oleh kerajaan negeri atau Persekutua­n.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia