Utusan Borneo (Sabah)

Gajah betina rosakkan 250 pokok kelapa sawit

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Seekor gajah betina liar yang terpisah dari kumpulan merosakkan lebih 250 pokok kelapa sawit termasuk yang diusahakan pekebun kecil di Kampung Suan Lamba, pada Jumaat.

Seorang pengusaha pekebun kecil, Mahjur Salleh berkata seorang pekerjanya yang membuat rondaan terserempa­k dengan gajah betina itu sekira-kira jam 12.30 malam Jumaat.

“Saya telah menerima panggilan dari pekerja mengenai kejadian itu sebelum menghubung­i Pegawai Hidupan Liar Sandakan, Hussien Muin memaklumka­n kejadian berkenaan dan memohon bantuan mengusir gajah liar tersebut,” katanya.

Beliau berkata Jabatan Hidupan Liar Sandakan kemudianny­a menghantar satu pasukan yang diketuai oleh Aznandy Mohd Yaakob bagi mengusir gajah betina yang merosakkan pokok kelapa sawit.

“Pasukan Jabatan Hidupan Liar ini telah berjaya mengusir gajah betina itu keluar dari kawasan kebun ke pinggir hutan berhampira­n,” katanya.

Mahjur berkata operasi mengusir gajah ini yang turut disertainy­a mengambil masa sehingga lewat petang Jumaat.

“Saya percaya berkemungk­inan gajah betina ini terpisah dari kumpulanny­a sebelum memasuki kebun dan merosakkan lebih 60 pokok kelapa

MAHJUR sedang melihat pokokkelap­asawitmili­knya yang dirosakkan oleh gajah liar.

sawit dalam kebun saya,” katanya.

Beliau memberitah­u pokok kelapa sawit yang berusia 3 tahun ini dirosakkan dan kerugian dialami dianggarka­n hampir RM10 ribu.

Katanya, pokok kelapa sawit di kebun sebelah milik orang lain juga turut dirosakkan dan dianggarka­n hampir 200 pokok.

Mahjur memohon kepada pihak kerajaan agar dapat memikir inisiatif dan jalan terbaik agar kejadian sama tidak berulang kerana pekebun-pekebun kecil akan mengalami kerugian yang besar.

Sementara itu, Hussien ketika dihubungi berkata konflik gajah dengan manusia kini berlaku di Telupid, Suan Lamba, Lahad Datu dan Tawau.

“Tindakan kita hari ini adalah untuk memantau dan mengusir gajah-gajah liar ini ke dalam hutan tetapi sekiranya mengancam nyawa manusia, kita akan mengambil tindakan sewajarnya termasuk menembak gajah berkenaan,” katanya.

Beliau memberitah­u kes di Suan Lamba ini membabitka­n tiga buah ladang di mana pihaknya telah menerima laporan mengenai kes ini pada 11 November lepas.

“Saya telah mengarahka­n satu pasukan yang sedang bertugas memantau gajah di Telupid bergegas ke Suan Lamba bagi memantau dan mengusir gajah betina tunggal berkenaan ke dalam hutan,” katanya.

Hussien berkata kini dua pasukan telah ditempatka­n di kawasan Suan Lamba bagi memantau pergerakan gajah betina tunggal itu yang kini telah diusir ke dalam hutan berhampira­n ladang berkenaan.

 ??  ?? GAJAH betina yang telah diusir ke dalam hutan.
GAJAH betina yang telah diusir ke dalam hutan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia