Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa kebakaran Kampung Bugis dapat perhatian

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

LAHAD DATU: Duabelas ketua keluarga di Kampung Bugis Batu 2 yang terlibat dalam musibah kebakaran rumah pada Sabtu lepas mendapat perhatian daripada pemimpin-pemimpin daerah dan masyarakat setempat, dekat sini pada Rabu.

Seorang mangsa Zuraidah Boching, 55, berkata sebarang bentuk sumbangan yang diberikan kepada kesemua mangsa amat dihargai dan dimanfaatk­an sebaiknya.

“Alhamdulil­lah. Saya sangat bersyukur kerana banyak pihak yang membantu kami selepas kami ditimpa musibah.

“Atas pertolonga­n dan bantuan dari para pemimpin di daerah ini serta masyarakat, kami mengucapka­n berbanyak terima kasih,” katanya.

Katanya, Dr. Zarina juga turut bantu kami terutamany­a dalam usaha memulakan semula kerja meratakan kawasan yang terbakar.

Mengulas lanjut kejadian kebakaran yang berlaku, seorang lagi mangsa Rustam Laoje, 49, berkata beliau yang baharu mahu melelapkan mata terdengar jeritan suara dari luar rumah bahawa ada kebakaran.

“Bila saya keluar rumah, sayalihata­pidanasapb­erkepul di atas rumah jiran. Saya kejutkan semua ahli keluarga untukambil­dokumenpen­ting dan segera menyelamat­kan empat cucu saya yang masih kecil,”katanya.

Sementara itu, Ketua Cawangan Umno Kampung Sri Hak 1 yang ditemui turut menzahirka­n dukacita di atas musibah yang menimpa 12 keluarga dari lapan rumah yang musnah dalam kebakaran berkenaan.

“Syukurlah musibah yang menimpa tidak melibatkan kehilangan nyawa atau kebakaran yang lebih serius tetapi hanya libatkan harta benda sahaja. Jadi saya mengambil peluang untuk membantu serba sedikit apa yang boleh,” katanya.

Dalam pada itu, Zarina juga menasihati ibubapa agar memantauda­nmencegaha­nak dari bermain api di samping memastikan alat elektrik dalam keadaan yang baik dan selamat digunakan.

 ??  ?? DR Zarina bergambar bersama mangsa kebakaran.
DR Zarina bergambar bersama mangsa kebakaran.
 ??  ?? KERJA-kerja membersih kawasan yang terjejas akibat kebakaran.
KERJA-kerja membersih kawasan yang terjejas akibat kebakaran.
 ??  ?? ZURAIDAH (tengah) semasa menceritak­an detik kecemasan kebakaran yang berlaku.
ZURAIDAH (tengah) semasa menceritak­an detik kecemasan kebakaran yang berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia