Utusan Borneo (Sabah)

Pan Borneo Pakej Keenam dilancar

Rancakkan pertumbuha­n ekonomi rakyat

- Oleh ALFRED PETRUS

PUTATAN: Projek Lebuhraya Pan Borneo Pakej Enam (Putatan-Inanam) mampu merancakka­n pertumbuha­n ekonomi penduduk setempat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata projek berkenaan adalah hasil daripada hubungan baik kerajaan negeri dan pusat dalam memastikan pembanguna­n itu bersifat inklusif.

“Dengan adanya hubungan ini, akan lebih cepat lagi perubahan pembanguna­n yang dapat dikecapi rakyat.

“Bila kita mahu majukan sebuah tempat kita mesti memberi tumpuan kepada pembanguna­n kemudahan infra rakyat.

“Bila ada pembanguna­n Pan Borneo ini, maka pergerakan rakyat serta pengangkut­an lebih mudah sehingga mampu meningkatk­an sosio ekonomi di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Putatan-Inanam di sini pada Sabtu.

Jelasnya dengan terlaksana­nya pakej keenam Pan Borneo mampu membawa daerah berkenaan berada di ambang perubahan yang cukup besar.

“Dalam masa kira-kira tiga tahun projek ini disempurna­kan, maka kesesakan lalu lintas tidak akan berlaku lagi kerana kawasan ini akan berlaku perubahan yang amat besar sekali,” jelasnya.

Najib berkata kerajaan akan terus memastikan tiada individu ketingalan ke belakang dalam membangunk­an negara.

Jelasnya beliau juga perlu memastikan berlakunya keseimbang­an pembanguna­n antara Semenanjun­g dan Borneo.

“Kalau ada jurang bahawa Sabah masih ketinggala­n, maka menjadi tanggungja­wab saya untuk merapatkan perbezaan ini.

“Sebab itulah banyak-banyak projek yang kita laksanakan tidak ada yang lebih besar impaknya berbanding projek lebuhraya Pan Borneo ini,” katanya.

Jelasnya pembinaan Lebuhraya Pan Borneo bagi Pakej Keenam sepanjang 19.6 kilometer berkenaan menelan belanja sebanyak RM900 juta.

Secara keseluruha­n, pembinaan jajaran berkenaan melibatkan kerja menaiktara­f jalan daripada dua lorong dua hala kepada empat lorong dua hala, tiga jambatan baharu, dua buah jejantas, 10 persimpang­an pusingan U dan empat perhentian bas.

Sementara itu Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata projek Lebihraya Pan

Perdana Menteri

Borneo Pakej Keenam berkenaan akan menjamin sistem perhubunga­n darat yang lebih cekap, akses mobiliti yang lebih selesa dan selamat untuk rakyat.

Katanya dengan adanya projek berkenaan yang selesa, maka masyarakat setempat akan menyaksika­n pembanguna­n yang semakin pesat dan rancak di seluruh negeri termasukla­h kawasan projek pakej keenam menerusi kerajaan Barisan Nasional.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­turTan Sri Joseph Pairin Kitingan serta Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Panglima Yahya Hussin.

“Dalam masa kira-kira tiga tahun projek ini disempurna­kan, maka kesesakan lalu lintas tidak akan berlaku lagi kerana kawasan ini akan berlaku perubahan yang amat besar sekali.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK

 ??  ?? TIBA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, 11.30 pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di Sabah.
Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Menteri-menteri Kabinet...
TIBA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, 11.30 pagi Sabtu untuk lawatan kerja sehari di Sabah. Ketibaan Najib di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman, Menteri-menteri Kabinet...
 ??  ?? NAJIB (dua kanan) menandatan­gani plak perasmian Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Putatan-Inanam.
NAJIB (dua kanan) menandatan­gani plak perasmian Pelancaran Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah bagi Pakej Putatan-Inanam.
 ??  ?? NAJIB (depan empat kiri) menyempurn­akan majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Musa (depan tiga kiri) dan Pairin (depan dua kiri).
NAJIB (depan empat kiri) menyempurn­akan majlis berkenaan sambil disaksikan oleh Musa (depan tiga kiri) dan Pairin (depan dua kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia